• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Ekstremis Dalam UMNO, PN dan Pas Patut Berasa Malu’ – Lim Guan Eng

oleh Mynewshub
05/05/2026
dalam Utama & Sensasi
0
‘Ekstremis Dalam UMNO, PN dan Pas Patut Berasa Malu’ – Lim Guan Eng
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Penasihat DAP, Lim Guan Eng mendakwa Barisan Nasional (BN), UMNO, Perikatan Nasional (PN) dan Pas patut berasa malu kerana menentang penganjuran Festival Muzik Air Rain Rave 2026.

Dakwa beliau, tindakan pihak terbabit cuba membangkitkan sentimen dan memecahbelahkan rakyat berhubung festival tersebut adalah tidak wajar kerana festival itu didakwa berjaya dan memberi manfaat besar kepada ekonomi negara.

Guan Eng mendakwa, festival berkenaan yang diadakan di Kuala Lumpur berjaya menarik kira-kira 180,000 pengunjung serta menjana sehingga RM200 juta pendapatan pelancongan berdasarkan anggaran Persatuan Pelancongan Inbound Malaysia.

‘Golongan ekstremis dalam BN, UMNO, PN dan Pas sepatutnya berasa malu kerana cuba membakar sentimen dan memecahbelahkan masyarakat dengan menentang acara pelancongan yang berjaya.

“Sepanjang festival tiga hari itu berlangsung, tiada sebarang insiden tidak diingini berlaku, tiada sesiapa cedera dan acara tersebut berjalan dengan selamat serta dalam suasana yang meriah,” dakwanya dalam satu hantaran di media sosial.

Dakwanya lagi, hasil ekonomi tersebut memberi manfaat kepada peniaga kecil selain membantu mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan yang selamat dan sesuai untuk aktiviti hiburan sihat.

Beliau turut memuji Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing kerana tegas meneruskan program Tahun Melawat Malaysia 2026 itu walaupun berdepan tekanan daripada pihak tertentu.

Dalam pada itu, Guan Eng mendakwa BN dan UMNO menunjukkan sikap tidak konsisten sebagai rakan dalam Kerajaan Perpaduan apabila dilihat sehaluan dengan pembangkang dalam isu berkenaan.

Beliau juga mengaitkan perkara itu dengan perkembangan politik lain termasuk dakwaan cubaan menggugat kestabilan kerajaan negeri serta kenyataan berulang mengenai hasrat untuk bertanding secara solo dalam pilihan raya umum akan datang.

Sehubungan itu, beliau berpendapat tindakan sedemikian menunjukkan kepentingan politik diutamakan berbanding kepentingan rakyat dan negara. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Lim Guan Eng

Tags: BNekstremisLim Guan EngPASPenasihat DAPPNRain RaveUMNO
Share205Tweet128SendShare

Related Posts

“Ikhlas Apa? DAP Belasah Setiap Isu Yang BN Bangkitkan” – Hafiz Ariffin

“Ikhlas Apa? DAP Belasah Setiap Isu Yang BN Bangkitkan” – Hafiz Ariffin

19/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Setiausaha Pemuda UMNO, Hafiz Ariffin mempersoalkan dakwaan Pengerusi DAP Johor, Teo Nie Ching yang menyatakan DAP ikhlas...

Tok Mat Jumpa Pimpinan BN Negeri Sembilan Susun Strategi PRN

Tok Mat Jumpa Pimpinan BN Negeri Sembilan Susun Strategi PRN

18/06/2026
0

SEREMBAN – Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan mula mengatur gerak kerja dan strategi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd