• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Bila Kita Jaga Adab, Kita Menjaga Kesihatan Masyarakat” – Public Health Malaysia

oleh Mynewshub
20/05/2026
dalam Utama & Sensasi
0
“Bila Kita Jaga Adab, Kita Menjaga Kesihatan Masyarakat” – Public Health Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Public Health Malaysia (PHM) dalam satu hantaran di media sosial berkata, Rukun Negara yang sering dibaca dalam majlis rasmi, perhimpunan sekolah dan acara kebangsaan mempunyai hubungan rapat dengan kesihatan awam.

“Kesihatan awam bukan hanya berkaitan hospital, klinik, ubat atau penyakit. Ia turut merangkumi cara masyarakat menjaga kebersihan, mematuhi peraturan, menghormati ruang awam dan melindungi kesejahteraan orang lain,” kata PHM.

Menurut PHM, apabila seseorang tidak membuang sampah merata-rata, itu sebahagian daripada tanggungjawab sosial dan apabila orang ramai mematuhi larangan merokok di tempat awam, itu tanda menghormati hak orang lain untuk bernafas dengan selamat.

Tambah PHM, apabila masyarakat tidak menyebarkan maklumat palsu berkaitan kesihatan, itu membantu melindungi orang lain daripada panik dan salah faham.

“Prinsip Kesopanan dan Kesusilaan juga penting dalam membina masyarakat yang sihat. Cara kita bercakap, menegur dan memberi nasihat boleh menentukan sama ada mesej kesihatan diterima atau ditolak.

“Dalam kesihatan awam, kepercayaan masyarakat amat penting. Jika rakyat saling menghormati dan memahami tanggungjawab bersama, mesej pencegahan penyakit lebih mudah sampai.

“Program kesihatan lebih mudah diterima. Usaha menjaga kebersihan dan keselamatan awam juga lebih mudah dilaksanakan,” kata PHM.

Ujar PHM, negara yang sihat bukan sekadar negara yang mempunyai kemudahan kesihatan yang baik, tetapi rakyatnya tahu hidup bersama dengan adab, hormat, disiplin dan rasa tanggungjawab.

“Bila kita jaga adab, kita juga sedang menjaga kesihatan masyarakat,” katanya. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Public Health Malaysia

Tags: kesihatan awamPHMPublic Health Malaysiarukun negara
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Sultan Selangor Sokong Titah Agong Berkenaan Rukun Negara

Sultan Selangor Sokong Titah Agong Berkenaan Rukun Negara

01/06/2026
0

SHAH ALAM - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin berkenan menzahirkan setinggi-tinggi...

Individu Tidak Mahu Ikut Prinsip Rukun Negara Tidak Layak Digelar Warganegara Malaysia –  Yang di-Pertuan Agong

Individu Tidak Mahu Ikut Prinsip Rukun Negara Tidak Layak Digelar Warganegara Malaysia – Yang di-Pertuan Agong

01/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bertitah mana-mana individu yang tidak mahu mengikut prinsip Rukun Negara tidak layak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd