• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Aktiviti Membabitkan Sumber Alam Perlu Dilaksana Secara Terkawal, Mematuhi Syarat – PMX Anwar

oleh Mynewshub
08/05/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Aktiviti Membabitkan Sumber Alam Perlu Dilaksana Secara Terkawal, Mematuhi Syarat – PMX Anwar
Share on FacebookShare on Twitter

CEBU – Kerajaan Persekutuan tidak menolak keperluan negeri mencari hasil tambahan, tetapi ia perlu mengambil kira kepentingan alam sekitar, keselamatan penduduk dan kedudukan ekonomi negara secara menyeluruh.

Memetik laporan media, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan sebagai berkata, kerajaan memahami keperluan negeri untuk menambah sumber pendapatan, namun sebarang aktiviti membabitkan sumber alam perlu dilaksanakan secara terkawal serta mematuhi syarat ketat.

“Saya hormat Tengku Mahkota (Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah), Tengku Mahkota juga harus faham tentang makro bahawa peruntukan negeri Pahang itu besar, bukan kecil.

“Saya akan minta Menteri Kewangan II menulis, memberikan penjelasan keseluruhannya, peruntukan untuk Pahang,” katanya pada sidang media penutup Sidang Kemuncak ASEAN ke-48 hari ini.

Tengku Hassanal hari ini menzahirkan kekecewaan apabila Kerajaan Persekutuan tidak meluluskan usaha Pahang menambahkan hasil negeri seperti mengeksport pasir sungai.

Baginda bertitah, Pahang memiliki sungai yang terpanjang di Semenanjung Malaysia dan sudah tentu banyak mendapan pasir yang perlu dikeluarkan supaya kelancaran pengaliran air sungai berlaku seterusnya mengelakkan banjir.

Baginda bertitah demikian pada Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Pahang Kelima Belas di Wisma Sri Pahang, di Kuantan, Pahang.

“Sementara boleh memberi teguran, tetapi saya fikir munasabah kalau dengar dulu apa dia konsep makro ekonomi, apa dia tekanan ekonomi sekarang, apa dia pembaziran yang berlaku oleh banyak kalangan.

“Jadi harus kita tangani ini semua. Tentunya sebagai rakyat, kita hormati dan kita teliti dengan baik,” kata Anwar lagi. – MYNEWSHUB

 

Tags: alam sekitarDatuk Seri Anwar IbrahimKeselamatan PendudukPasir sungaiPerdana MenterisyaratTengku Hassanal Ibrahim Alam Shahtengku mahkota pahangterkawal
Share201Tweet126SendShare

Related Posts

Kuasa Raja Mesti Tertakluk Kepada Prinsip Dan Semangat Perlembagaan – PMX

Kuasa Raja Mesti Tertakluk Kepada Prinsip Dan Semangat Perlembagaan – PMX

24/06/2026
0

MELAKA - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merangkap Menteri Kewangan menegaskan tiga cabang utama dalam sistem pengasingan kuasa kerajaan...

PMX Anwar Diminta Beri Penjelasan Siapa Arah Batal Sambutan Hari Peneroka Johor

PMX Anwar Diminta Beri Penjelasan Siapa Arah Batal Sambutan Hari Peneroka Johor

24/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ketua Pengarah FELDA perlu menjawab persoalan rakyat siapakah yang mengarahkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd