• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pakatan Harapan Tetap Hala Tuju PRU16, Anwar PM Penggal Kedua

oleh Mynewshub
07/05/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Pakatan Harapan Tetap Hala Tuju PRU16, Anwar PM Penggal Kedua
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pakatan Harapan (PH) akan terus memperkukuhkan kedudukan gabungan itu bagi memastikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memimpin negara untuk penggal kedua.

Setisauaha Agung PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, hala tuju PH ketika ini sangat jelas iaitu memastikan kerajaan sedia ada meneruskan baki penggal pemerintahan dan diberi mandat pada pilihan raya akan datang.

“Kita nak dia (Anwar) teruskan penggal berbaki dan kalau ditanya apa hala tuju PH, kita nak berusaha untuk memerintah penggal kedua dan Anwar Ibrahim memimpin sebagai Perdana Menteri penggal yang kedua,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Ceramah Perdana Pimpinan Utama PH di Paroi, Negeri Sembilan malam tadi.

Saifuddin berkata, usaha memperkukuhkan PH perlu dimulakan di Negeri Sembilan dengan terus membina kekuatan parti dan kerajaan negeri.

Pada masa sama, beliau turut menyatakan keyakinan terhadap kepimpinan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun untuk terus menerajui negeri itu dengan cemerlang.

“Hala tuju kita sangat jelas dan itu mesti bermula dengan Negeri Sembilan. Kita terus bina kekuatan dan Tok Min (Aminuddin) akan terus memimpin dengan penuh cemerlang,” katanya. – MYNEWSHUB

Tags: Datuk Seri Aminuddin HarunDatuk Seri Anwar IbrahimDatuk Seri Saifuddin Nasution Ismailmenteri besarNegeri Sembilanpakatan harapanPenggal KeduaPerdana MenteriPH
Share200Tweet125SendShare

Related Posts

GPS Tiada Kaitan Kempen PH Di Johor, Kehadiran Menteri Pelancongan Kapasiti Peribadi

GPS Tiada Kaitan Kempen PH Di Johor, Kehadiran Menteri Pelancongan Kapasiti Peribadi

16/06/2026
0

KUCHING – Kehadiran Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing dalam kempen pilihan raya di Johor tidak...

PM Anwar Minta Bangsa Johor Pertahan Politik Harapan, Tolak Politik Lama Penuh Kebencian

PM Anwar Minta Bangsa Johor Pertahan Politik Harapan, Tolak Politik Lama Penuh Kebencian

16/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta Bangsa Johor mempertahankan politik harapan yang menyatukan serta mencambah kasih...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd