• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, April 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

WAWANCARA: Jangan Undi Ahli Politik Pertahan Kuil Haram – Firdaus Wong

oleh Mynewshub
21/04/2026
dalam Utama & Sensasi
0
WAWANCARA: Jangan Undi Ahli Politik Pertahan Kuil Haram – Firdaus Wong
Share on FacebookShare on Twitter

MUKADIMAH

ISU pembinaan rumah anutan atau rumah ibadat bukan Islam tidak sah pernah menimbulkan polemik besar dalam negara.

Isu tersebut kian reda, namun ia mula membuka mata ramai pihak terutama umat Islam berhubung sikap ahli politik tertentu.

Pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung, antara figura yang lantang memperkatakan isu itu turut menyifatkan terdapat hikmah di sebalik kejadian tersebut dalam konteks politik tanah air.

Ikuti wawancara MYNEWSHUB bersama beliau di sebuah lokasi di Sri Damansara, Petaling, Selangor hari ini:

MYNEWSHUB: Kita lihat NGO Islam termasuk ustaz lebih ke depan dalam isu kuil haram, tetapi tokoh agama arus perdana lebih senyap?

FIRDAUS WONG: Kalau kita lihat isu ini, kita boleh bersangka baik bahawa mereka mungkin melakukan sesuatu di belakang tabir. Masing-masing ada tugasan dan peranan tersendiri.

Namun sebagai muslim, kita perlu kembali melihat sirah Nabi S.A.W dalam berdakwah. Ramai memahami dakwah hanya sebagai ceramah, sedangkan hakikatnya lebih luas daripada itu.

Nabi S.A.W bukan sekadar memberi ceramah di Masjid Nabawi. Baginda juga pemimpin politik, pemimpin masyarakat dan aktivis. Baginda memperjuangkan hak asasi manusia, hak wanita, malah hak haiwan jauh sebelum konsep ini diperkenalkan dunia moden. Ini menunjukkan dakwah itu bersifat menyeluruh.

Jadi kita perlu mengajak lebih ramai agamawan bersuara. Jika mereka tidak bersuara, kita berhak bertanya kenapa. Bukan untuk (minta mereka) jadi hero, tetapi untuk memahami sebabnya. Dalam masa sama, kita juga perlu lihat ahli politik muslim.

Berapa ramai yang bersuara mempertahankan undang-undang? Sebaliknya, kita lihat ahli politik kaum lain bersatu mempertahankan kuil haram walaupun berlainan parti.

Jadi persoalannya, kenapa pemimpin Melayu Islam ramai yang berdiam diri? Ini adalah soal kedaulatan undang-undang. Sepatutnya merekalah yang memimpin dalam hal ini.

Bagi saya, ini satu ‘wake up call’ kepada rakyat untuk menilai siapa yang patut disokong dan siapa yang patut ditolak dalam pilihan raya akan datang.

MYNEWSHUB: Ada pihak menggunakan alasan menjaga sensitiviti untuk tidak bersuara?

FIRDAUS WONG: Kita perlu tanya di mana sensitiviti ketika tanah orang diceroboh? Kalau seseorang ambil kereta orang tanpa izin walaupun dia kata tak tahu kereta itu ada pemilik, itu tetap salah.

Sama juga dengan tanah bukan milik kamu, jangan masuk. Ini bukan isu agama atau perkauman. Ini isu undang-undang. Undang-undang wujud untuk mengurus perkara sensitif. Kalau kita tak guna undang-undang, apa gunanya ia?

Masalahnya, sensitiviti seolah-olah hanya digunakan untuk melindungi penceroboh, bukan untuk menegakkan keadilan. Penjaja haram pula dijadikan perbandingan, tetapi mereka ini tidak menuntut pampasan walaupun dihalau.

Tetapi kuil haram dibina secara kekal, kemudian isu dipolitikkan sebagai isu agama dan perkauman, akhirnya minta pampasan. Ini kegagalan ahli politik sejak dahulu.

Jika ahli politik mahu beri pampasan, gunakan duit sendiri. Ini duit rakyat. Kita tidak boleh reda wang cukai digunakan untuk memberi pampasan kepada penceroboh.

MYNEWSHUB: Dalam isu rumah ibadat haram, ada dua konteks iaitu tanah persendirian dan tanah kerajaan. Adakah ini mencetuskan dilema dalam penguatkuasaan?

FIRDAUS WONG: Kita ambil kes yang berlaku baru-baru ini. Mereka sudah beli tanah, minta penceroboh keluar dan lapor kepada pihak berkuasa, namun diminta ambil tindakan sendiri. Sedangkan jelas pencerobohan. Kenapa tidak didakwa?

Kita ada Kanun Tanah Negara. Kalau seseorang itu penceroboh, kenapa tidak ditangkap. Bandingkan dengan kes lain ada yang dipenjara kerana menceroboh tanah kerajaan buat kebun. Kenapa berbeza layanan?

Adakah kerana sensitiviti atau ada unsur lain? Hakikatnya mudah tanah itu bukan milik kamu, maka kamu penceroboh. Namun pemilik tanah pula terpaksa berbelanja besar dan menunggu bertahun-tahun untuk mendapatkan keadilan.

Ini sesuatu yang tidak masuk akal.
Untuk tanah kerajaan pula, kerajaan hanya pemegang amanah, bukan pemilik. Tetapi kenapa boleh beri pampasan sewenang-wenangnya?

MYNEWSHUB: Berdasarkan pandangan ustaz terhadap isu ini, apakah saranan untuk mengelak kontroversi ini berulang?

FIRDAUS WONG: Tolak mana-mana calon pilihan raya yang menyokong kuil haram. Tolak mutlak. Tak kira dia Melayu, Cina, India dan tolak siapa yang bantu mereka berkempen juga. Janganlah mempajakkan otak kita, akal kita kepada mereka.

Mereka tak akan jadi pemimpin kalau kita tak pilih mereka. Kita ada hak di situ. Negara ini negara demokrasi, gunakan hak kita. Gunakan kuasa kita.

MYNEWSHUB: Ustaz menerima banyak kritikan disebabkan isu ini termasuk dituduh mencari populariti. Bagaimana menghadapinya?

FIRDAUS WONG: Ada yang kata saya cari populariti. Pada saya, yang mengkritik itu sebenarnya menunggang nama saya untuk dapatkan perhatian.

Soalnya bukan siapa popular, tetapi sama ada isu yang dibangkitkan itu benar atau tidak. Jika isu itu valid, kenapa dipersoalkan?

Ahli politik juga membangkitkan isu dalam ceramah kenapa tidak dituduh cari populariti? Bagi saya, kebanyakan kritikan tidak berasaskan fakta dan tidak datang dari pengalaman di lapangan.

Jadi saya tidak melayan kerana tiada nilai.

MYNEWSHUB: Bagaimana keadaan Multiracial Reverted Muslims (MRM) selepas isu rerurai dirampas pihak berkuasa tempatan?

FIRDAUS WONG: Alhamdulillah, masih beroperasi seperti biasa. Selepas isu reruai, kami dapat semula ruang tersebut dengan bantuan pihak yang membantu menyelesaikan perkara mengikut undang-undang. Kami tidak mahu memanjangkan isu kerana fokus utama adalah dakwah.

MYNEWSHUB: Berapa ramai yang bergelar mualaf hasil aktiviti dakwah MRM?

FIRDAUS WONG: Sekitar 1,000 lebih dalam dan luar negara sejak 2014. Itu hanya yang langsung dengan kami. Belum termasuk melalui rakan strategik di luar negara. Mereka ini memeluk agama Islam dengan kerelaan hati.

Tags: ahli politikFirdaus WongKuil HaramPendakwahRumah anutanUndiWawancara
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Firdaus Wong Kritik Aksi Ranjang Persembahan Teater Di Universiti

Firdaus Wong Kritik Aksi Ranjang Persembahan Teater Di Universiti

15/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Penceramah bebas, Firdaus Wong Wai Hung meluahkan kekesalan terhadap satu kejadian yang didakwa berlaku di sebuah universiti...

Firdaus Wong Kritik Saranan Guna Pengangkutan Awam, EV Ketika Krisis Minyak

Firdaus Wong Kritik Saranan Guna Pengangkutan Awam, EV Ketika Krisis Minyak

15/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung mengkritik saranan kepada rakyat menggunakan pengangkutan awam, kenderaan elektrik (EV) serta...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd