• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sesi Libat Urus SKN Kecoh, Seorang Peserta Tuduh Mualaf Punca Masalah Keharmonian

oleh Mynewshub
11/05/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Sesi Libat Urus SKN Kecoh, Seorang Peserta Tuduh Mualaf Punca Masalah Keharmonian
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sesi libat urus cadangan penubuhan Suruhanjaya Keharmonian Nasional (SKN) Siri 1/2026 di ibu negara hari ini kecoh apabila seorang peserta didakwa menuduh masalah keharmonian kaum berpunca daripada golongan mualaf.

Dakwaan itu mengundang bantahan pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung dan Mohd Ridhuan Tee Abdullah yang menyifatkan kenyataan individu berkenaan sebagai serangan peribadi terhadap mereka.

Firdaus Wong dalam satu sidang media berkata, individu terbabit mendakwa bukan Islam tidak mempunyai masalah dengan penganut Islam selama ini, sebaliknya mendakwa golongan yang memeluk Islam atau mualaf konon menjadi punca masalah.

“Ini serangan peribadi. Inilah punca kepada ketidakharmonian kerana sepanjang kami bercakap dan membentangkan fakta, kami tidak melabel sesiapa. Inikah keharmonian yang dianjurkan?

“Ini program kerajaan. Keharmonian apakah yang mahu kita tunjukkan kepada masyarakat?” katanya.

Sementara itu, Mohd Ridhuan Tee berkata, mereka bukan mahu menjadi jaguh kepada orang Melayu, sebaliknya hanya menyatakan kebenaran ketika sesi libat urus tersebut.

“Dia kata mualaf ini nak jadi jaguh kepada Melayu dan sebagainya. Kita bukan nak jadi jaguh. Kita hanya berkata benar. Kita hanya mempertahankan hak kita (umat Islam). Itu sahaja.

“Orang macam ini tidak sepatutnya pun dijemput kerana akan menimbulkan masalah. Kita tadi bercakap dengan sangat profesional, baik, penuh hikmah yang dia terasa pasal apa,” katanya. – MYNEWSHUB

Tags: cadangan penubuhanFirdaus WongkecohMasalah keharmonianmualafpuncaRidhuan TeeSesi Libat UrusSuruhanjaya Keharmonian Nasionaltuduhan
Share214Tweet134SendShare

Related Posts

Wajibkan Pemandu Mabuk Tanggung Kos Sara Hidup Keluarga Mangsa – Firdaus Wong

“Jangan Upload Gambar Korban” Cetus Perdebatan, Firdaus Wong Persoal Sikap ‘Muslim Apologetik’

27/05/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  KUALA LUMPUR – Satu hantaran media sosial yang menggesa umat Islam agar tidak memuat naik gambar ibadah korban...

Kenyataan Muhammad Zawawi Tentang Sahabat Nabi, Pemuda UMNO Ancam Buat Laporan Polis

Kenyataan Muhammad Zawawi Tentang Sahabat Nabi, Pemuda UMNO Ancam Buat Laporan Polis

13/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh menggesa Ahli Parlimen PAS Pasir Puteh, Datuk Dr. Nik...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd