• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, October 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Jangan Upload Gambar Korban” Cetus Perdebatan, Firdaus Wong Persoal Sikap ‘Muslim Apologetik’

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
Wajibkan Pemandu Mabuk Tanggung Kos Sara Hidup Keluarga Mangsa – Firdaus Wong
Share on FacebookShare on Twitter

OLEH MYNEWSHUB 

KUALA LUMPUR – Satu hantaran media sosial yang menggesa umat Islam agar tidak memuat naik gambar ibadah korban sempena Aidiladha kembali mencetuskan perdebatan hangat dalam kalangan netizen.

Mesej berkenaan meminta orang ramai supaya tidak berkongsi gambar haiwan korban di media sosial atas alasan sensitiviti pihak lain.

“Jangan upload gambar binatang sembelihan korban di sosial media. Ambil gambar boleh, simpan untuk diri sendiri. Tak perlu upload,” tulis hantaran tersebut.

Bagaimanapun, pendakwah dan aktivis dakwah, Firdaus Wong Wai Hung tampil memberikan pandangan balas dengan menyifatkan sebahagian umat Islam kini semakin “apologetik” dalam menzahirkan syiar agama.

Menurut beliau, Islam sememangnya mengajar umatnya menghormati penganut agama lain serta menjaga sensitiviti masyarakat, namun ia tidak bermaksud umat Islam perlu menyembunyikan syiar Islam seperti ibadah korban dan azan.

“Saban tahun semakin banyak posting sebegini dari kalangan mereka yang mengaku Muslim. Mereka mahu menunjukkan betapa ‘harmoni’ nya mereka dengan menjaga sensitiviti pihak lain,” katanya menerusi satu hantaran di media sosial.

Beliau turut menegaskan bahawa Islam melarang penghinaan terhadap agama lain dan mengajar toleransi, termasuk tidak merosakkan rumah ibadat agama lain walaupun ketika peperangan.

Dalam hantaran sama, beliau mempersoalkan mengapa sesetengah pihak hanya meminta umat Islam berhati-hati menzahirkan syiar agama sendiri, sedangkan penganut agama lain bebas berkongsi sambutan dan perayaan mereka di media sosial.

Firdaus Wong turut menyatakan bahawa berbangga dengan Islam dan syiar Islam tidak bermaksud menzalimi atau menghina agama lain.

“Azan itu syiar Islam. Korban itu syiar Islam. Berbangga dengan Islam dan syiar Islam bukan bermakna kita menzalimi agama lain,” katanya.

Hantaran tersebut pantas mengundang pelbagai reaksi netizen dengan ada yang bersetuju bahawa ibadah korban adalah sebahagian daripada syiar agama yang tidak perlu disembunyikan, manakala sebahagian lain berpandangan umat Islam tetap perlu mempertimbangkan konteks serta adab ketika berkongsi kandungan di media sosial.

Perdebatan sama dijangka kembali timbul menjelang sambutan Aidiladha setiap tahun susulan perbezaan pandangan mengenai batas antara kebebasan menzahirkan syiar agama dan sensitiviti masyarakat majmuk di Malaysia.-MYNEWSHUB

Tags: Firdaus Wong
Share202Tweet126SendShare

Related Posts

Firdaus Wong Pelik Dakwaan Pendidikan Agama Kurang Tekankan Isu Rasuah

Firdaus Wong Pelik Dakwaan Pendidikan Agama Kurang Tekankan Isu Rasuah

07/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung mempersoalkan kenyataan Ahli Majlis Penasihat Perpaduan Negara (MPPN), Prof. Tajuddin Rasdi...

Firdaus Wong Ucap Terima Kasih Kepada MB Selangor, Tetapi…

Firdaus Wong Ucap Terima Kasih Kepada MB Selangor, Tetapi…

06/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung mengucapkan terima kasih kepada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd