• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, September 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tunku Mahkota Ismail Terima Mengadap Onn Hafiz, Khairy Jamaluddin

oleh Mynewshub
07/04/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Tunku Mahkota Ismail Terima Mengadap Onn Hafiz, Khairy Jamaluddin
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail berkenan menerima mengadap Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi hari Ini.

Menerusi hantaran di laman Facebook HRH Crown Prince of Johor, turut hadir pertemuan itu ialah Penasihat Belia Johor, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

“Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor terima mengadap YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor pada hari ini, 7 April 2026.

“Dalam pertemuan ini, pelbagai isu-isu terkini telah disampaikan dan dibincangkan. Hadir sama adalah Khairy Jamaluddin Abu Bakar Penasihat Belia Johor. Allah Peliharakan Sultan,” kata laman Facebook berkenaan.

Untuk rekod, Khairy Jamaluddin dilantik sebagai Penasihat Belia Johor pada 2023 selain turut menganggotai Lembaga Pengarah kelab Johor Darul Ta’zim (JDT)

Pelantikan beliau ekoran pengalaman luas dimiliki dalam pelbagai bidang termasuk pernah berkhidmat sebagai Menteri Belia dan Sukan serta Menteri Kesihatan.

Tunku Mahkota Ismail sebelum Ini bertitah, pelantikan Khairy Jamaluddin mampu memberi nilai tambah kepada pembangunan belia dan kemajuan bola sepak Johor. – MYNEWSHUB

Tags: Datuk Onn Hafiz GhaziKhairy Jamaluddin Abu Bakarmenteri Besar JohorPemangku Sultan JohorPenasihat Belia JohorTunku Mahkota Ismail
Share210Tweet131SendShare

Related Posts

Pemangku Sultan Johor Terima Sembah Maklum Berkaitan Pertahanan Negara

Pemangku Sultan Johor Terima Sembah Maklum Berkaitan Pertahanan Negara

24/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menghadap Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail bagi menyembah maklum...

Tunku Mahkota Ismail Kongsi Empat Pegangan Hidup, Utamakan Kesihatan, Ketenangan, Pemikiran Yang Tajam Dan Matlamat

Tunku Mahkota Ismail Kongsi Empat Pegangan Hidup, Utamakan Kesihatan, Ketenangan, Pemikiran Yang Tajam Dan Matlamat

22/09/2026
0

JOHOR BAHRU - Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail berkongsi empat prinsip yang menjadi pegangan baginda dalam menjalani kehidupan ketika...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd