• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, September 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Seramai 2.2 Juta Terima Manfaat Program Infaq Jumaat Johor – Onn Hafiz

oleh Mynewshub
18/04/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Seramai 2.2 Juta Terima Manfaat Program Infaq Jumaat Johor – Onn Hafiz
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi merafak sembah menjunjung kasih kepada Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail atas cetusan ilham Program Infaq Jumaat Johor yang dilihat terus menyemarakkan budaya memberi dalam kalangan masyarakat negeri itu.

Menurut beliau, program berkenaan bukan sahaja menjadi platform kebajikan, malah turut menggalakkan masyarakat mendekati institusi masjid, menyemai nilai keprihatinan serta membudayakan amalan berinfaq dalam kehidupan seharian.

“Sehingga kini, Program Infaq Jumaat Johor telah dilaksanakan sebanyak 5,660 kali di seluruh negeri, memberi manfaat kepada kira-kira 2.2 juta penerima,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambah beliau, inisiatif tersebut melibatkan 1,043 masjid dan surau Jumaat, dengan pelaksanaan di sekitar 538 lokasi setiap minggu merangkumi semua kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN), selain diperuntukkan sebanyak RM1,000 bagi setiap program.

Dalam perkembangan sama, Onn Hafiz berkata, kehadiran masyarakat ke masjid mencerminkan semangat Bangsa Johor yang menekankan nilai hormat-menghormati, berkongsi rezeki serta memperkukuh perpaduan tanpa mengira perbezaan.

Mengulas lanjut, beliau mengingatkan firman Allah SWT dalam Surah Al-Hujurat ayat 13 yang menyeru manusia untuk saling mengenali antara satu sama lain, sekali gus memperkukuh hubungan sesama masyarakat.

“Marilah kita bersama-sama memperkukuh amalan berinfaq dan bersedekah agar manfaatnya terus meluas kepada golongan yang memerlukan. Semoga segala usaha ini diberkati dan membawa kesejahteraan berpanjangan kepada Johor,” ujarnya. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial
Onn Hafiz Ghazi

Tags: Datuk Onn Hafiz GhaziDYAM Tunku Mahkota IsmailMenter Besar JohorPemangku Sultan JohorProgram Infaq Jumaat Johor
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Pemangku Sultan Johor Terima Sembah Maklum Berkaitan Pertahanan Negara

Pemangku Sultan Johor Terima Sembah Maklum Berkaitan Pertahanan Negara

24/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menghadap Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail bagi menyembah maklum...

Johor Super Crown Polo Buka Pintu Pelaburan Ratusan Bilion, Strategi Serampang Dua Mata

Johor Super Crown Polo Buka Pintu Pelaburan Ratusan Bilion, Strategi Serampang Dua Mata

13/09/2026
0

JOHOR Super Crown Polo Tournament (JSCPT) 2026 bukan sekadar gelanggang memburu kejuaraan dalam kalangan pemain elit dunia. Di sebalik aksi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd