• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Salam 100-0: Kisah 14 Tahun Bola Sepak Johor Penuh Suka Dan Duka

oleh Mohd Arshad
07/04/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Salam 100-0: Kisah 14 Tahun Bola Sepak Johor Penuh Suka Dan Duka
Share on FacebookShare on Twitter

PETANG tadi ketika memandu di ibu negara, mata saya terpaku pada satu sticker kecil Harimau Selatan ditampal di sebuah kereta.

Seketika itu sebak menyelinap seolah-olah ia bukan sekadar pelekat kenderaan, tetapi simbol kebanggaan yang berusia 14 tahun.

Benar selama 14 tahun tempoh perjalanan panjang JDT yang penuh dengan sejarah suka duka, pahit manis dan jatuh bangun.

Masih jelas di ingatan, detik pertama saya menyedari sesuatu yang luar biasa sedang berlaku di Johor pada tahun 2012.

Tunku Mahkota Ismail yang lebih mesra dengan panggilan TMJ dilihat duduk di stadium menonton perlawanan pasukan Johor.

Sejurus wisel penamat, TMJ turun ke padang menghulur sebuah janji besar kepada rakyatnya yang hingga kini masih bergema.

“Saya akan buat apa sahaja untuk mengembalikan kegemilangan bola sepak Johor,” tegas TMJ di hadapan penyokong Johor yang tidak seberapa ramai ketika itu.

Sejujurnya saat itu saya tidak terlalu meletak harapan tinggi. Bagi saya era Alistair Edward dan Ervin Boban sudah lama berlalu.

Kerana kita tahu selepas itu bola sepak Johor ibarat tidur lena entah mengapa. ‘Apa pun tak boleh dan apa pun tak peduli’

Namun TMJ terbukti bukan hanya bercakap, tapi ‘walk the talk’. Selepas dilantik Pengerusi PBNJ ucapan keramatnya masih terngiang:

“Saya kecewa sebelum saya menjadi presiden tidak sampai 30 orang datang menyaksikan stadium.

“Rakyat saya berpecah. Ada yang sokong MPJB, Johor FC, MP MUAR. Bukankah saya ada satu negeri saja dan satu rakyat?”

Seingat saya itulah titik mula revolusi bola sepak Johor terjadi. Dari situ lahirlah pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) pada 2013.

Satu identiti, satu pasukan, satu impian, satu suara dan satu hati Bangsa Johor.

Lumrah kehidupan sesuatu yang baik mahu dilakukan, tidak semestinya dilihat baik oleh pihak lain.

Pada awal transformasi bola sepak Johor ramai mentertawakan. Salam 6-1 kata mereka seolah-olah TMJ bercita-cita membina istana pasir.

Mahu fasiliti bertaraf dunia? Mereka gelak. Mahu menang kejohanan antarabangsa, lebih besar gelak tawa itu.

Tapi lihat sekarang. JDT kelab bola sepak dari selatan tanah air yang mendominasi liga tempatan hampir tidak terhalang.

Pernah menjadi Juara Piala AFC malah konsisten menerajui kelab bola sepak dari Malaysia dalam kejohanan antarabangsa.

Dari stadium yang kosong, Johor kini memiliki penyokong paling setia dengan kelab diurus sangat profesional.

Dan ya marilah kita akui, TMJ membuktikan bahawa ‘passion’ yang tulus boleh ubah nasib sukan bola sepak.

Jadi, untuk kalian yang sering memerhati perkembangan JDT sambil hatinya tersakiti sila tepuk dada dan tanya otak sendiri.

Siapa dalam kalangan anda yang memiliki ‘passion’ macam TMJ? Siapa sanggup memulakan sesuatu dari sifar, disindir, diperlekeh tetapi akhirnya menulis sejarah?

Jika tiada maka jangan marah pada JDT kerana JDT ada TMJ.

Apapun pelekat kecil Harimau Selatan itu tadi lebih daripada sekadar hiasan. Ia adalah simbol 14 tahun revolusi, kesetiaan dan mimpi yang menjadi kenyataan.

Dan ya sekejap tadi saya sebak, tapi dengan senyum sinis seorang penyokong yang tahu semua ini masih permulaan.

Jauh dilubuk hati saya percaya JDT ada impian dan ‘projek’ lebih besar untuk para penyokongnya. Salam 100-0 – MYNEWSHUB

 

Tags: bola sepakharimau selatanJDTJohorRevolusiTMJTransformasiTunku Mahkota Ismail
Share217Tweet136SendShare

Related Posts

Luis Garcia Dedah Pertemuan Pertama Dengan Tunku Mahkota Ismail, Tertarik Dengan Visi Bola Sepak Yang Luar Biasa

Luis Garcia Dedah Pertemuan Pertama Dengan Tunku Mahkota Ismail, Tertarik Dengan Visi Bola Sepak Yang Luar Biasa

15/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ketua Pegawai Eksekutif Johor Darul Ta’zim (JDT), Luis Garcia mendedahkan pertemuan pertamanya dengan Pemangku Sultan Johor, Tunku...

DAP Johor Sokong Tangguh PRN, “Demi Kesejahteraan Rakyat” – Sheikh Omar

DAP Johor Sokong Tangguh PRN, “Demi Kesejahteraan Rakyat” – Sheikh Omar

15/04/2026
0

KUALA LUMPUR - DAP Johor menyambut baik cadangan menangguhkan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Melaka. Naib Pengerusi DAP Johor,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd