• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pempengaruh Bro Wong Luah Kebimbangan

'Barang Naik, Diesel Naik, Semua Pun Naik'

oleh Mynewshub
06/04/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Pempengaruh Bro Wong Luah Kebimbangan
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pempengaruh automotif Bro Wong meluahkan kebimbangan terhadap peningkatan kos operasi perniagaan yang disifatkan semakin menekan khususnya dalam kalangan pemain industri kecil dan sederhana.

Menerusi satu perkongsian video, beliau yang menganggap dirinya sebagai ‘frontliner’ dalam dunia perniagaan berkata, kenaikan harga barang berlaku secara berperingkat namun memberi kesan besar kepada keseluruhan rantaian ekonomi.

Menurutnya, seorang rakan kontraktor memaklumkan tidak menerima sebarang projek selama tiga bulan susulan kekurangan tender kerajaan, namun situasi itu secara paradoks dianggap ‘nasib baik’ kerana jika mendapat projek sekalipun, mereka berisiko mengalami kerugian.

“Kalau dapat projek pun boleh rugi lima angka sebab harga barang, diesel semua naik,” katanya.

Selain itu, beliau turut mendedahkan kos dalam industri automotif juga meningkat termasuk harga cat kenderaan yang didakwa naik sekitar RM300 bagi satu kereta berpunca daripada kenaikan harga bahan mentah seperti lacquer.

Bro Wong menjelaskan, peningkatan kos bahan api turut memberi kesan berantai kepada sektor lain termasuk pertanian dan bekalan makanan.

Katanya, pengusaha kebun dan kontraktor yang bergantung kepada kenderaan seperti lori dan pikap kini berdepan kekangan susulan pengurangan subsidi diesel.

“Kalau kos operasi naik, akhirnya harga sayur, ayam, lembu semua akan naik. Bukan RM1 atau RM2, mungkin lebih,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau turut menyentuh isu cukai jualan dan perkhidmatan (SST) serta bil utiliti seperti elektrik yang menurutnya menambah lagi beban kepada peniaga.

Bagaimanapun, beliau menegaskan pandangannya tidak bermotifkan politik, sebaliknya sekadar berkongsi realiti yang dihadapi golongan usahawan.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya lebih berhemah dalam berbelanja dan menyimpan wang sebagai persediaan menghadapi kemungkinan keadaan ekonomi yang lebih mencabar dalam tempoh beberapa bulan akan datang.

“Ada wang simpan jangan suka-suka pergi pakai. Jangan suka-suka pergi ‘enjoy’. Paling ‘tough’ punya belum sampai. Saya rasa lagi tiga bulan dan saya juga rasa kita punya ‘government’ sekarang macam tak ada buat apa-apa pun nak tolong itu yang buat bisnes punya.

“Jangan marah saya. Susah okay. Semua orang ‘call’ cakap susah ‘Especially’ yang ‘frontliner’. Tak ada ‘attack’, tak ada politik. Cakap sahaja, santai-santai,” katanya. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Bro Wong

Tags: automotifBro WongDiesel NaikHarga Barang NaikkospempengaruhPerniagaan
Share202Tweet126SendShare

Related Posts

Pempengaruh Ahmad Faezal Dikritik Netizen Selepas Tarik Diri Sertai Flotila

Pempengaruh Ahmad Faezal Dikritik Netizen Selepas Tarik Diri Sertai Flotila

30/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Seorang pempengaruh dan penganalisis geopolitik, Ahmad Faezal, menjadi bahan sindiran netizen selepas menarik diri daripada misi flotila...

Pendapatan Tambahan Hasil Lonjakan Harga Minyak Tidak Patut Diserap Untuk Operasi Kerajaan

Pendapatan Tambahan Hasil Lonjakan Harga Minyak Tidak Patut Diserap Untuk Operasi Kerajaan

26/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Pendapatan tambahan yang diperoleh Malaysia daripada lonjakan harga minyak global tidak patut diserap untuk perbelanjaan operasi kerajaan....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd