• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, September 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tengku Zafrul Akui Kenaikan Gaji Minimum Boleh Jejas Perniagaan ‘Cukup-Cukup Makan’

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
Tengku Zafrul Akui Kenaikan Gaji Minimum Boleh Jejas Perniagaan ‘Cukup-Cukup Makan’
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Penasihat Politik Kanan kepada Perdana Menteri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz mengakui kenaikan gaji minimum daripada RM1,700 boleh memberi kesan kepada perniagaan kecil, terutama yang mencatat keuntungan sekadar ‘cukup-cukup makan’.

Menerusi rakaman video di media sosial, beliau berkata, kadar baharu gaji minimum dijangka diketahui ketika pembentangan Belanjawan 2027 pada 9 Oktober, dengan sebarang kenaikan perlu mengambil kira kepentingan pekerja bergaji rendah serta kemampuan majikan.

Beliau memberi contoh sebuah kedai makan dengan lima pekerja bergaji minimum yang perlu menanggung tambahan RM500 sebulan sekiranya gaji setiap pekerja dinaikkan RM100, tidak termasuk caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

“Kalau untung pun cukup-cukup makan, memang terasa. Kalau kenaikan terlalu tinggi sekaligus mungkin terpaksa kurangkan shift, tangguh ambil pekerja baru atau naikkan harga. Kalau dah betul-betul tak mampu, kedai mungkin terpaksa tutup. Pekerja pun hilang kerja,” katanya.

Bagaimanapun, Tengku Zafrul berkata, tidak semua majikan tidak mampu membayar gaji lebih tinggi kerana terdapat syarikat besar yang mencatat keuntungan berbilion ringgit tetapi masih memilih membayar pekerja pada kadar minimum selagi dibenarkan undang-undang.

Beliau turut memberi amaran mengenai jurang gaji antara pekerja baharu dan lama apabila kenaikan gaji minimum hanya dinikmati golongan paling bawah, sambil menegaskan majikan perlu melihat semula struktur gaji keseluruhan pekerja dan bukan sekadar mereka yang menerima gaji minimum.

“Janganlah semua keuntungan itu pergi kepada pemilik dan pemegang saham sahaja. Bos tiap-tiap tahun tukar kereta, tapi dekat pekerja asyik cerita pasal bisnes yang tak untung,” katanya.

Menurutnya, enam syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) telah menetapkan penanda aras gaji kehidupan wajar sekitar RM3,100 bagi pekerja tetap rakyat Malaysia, sekali gus menunjukkan terdapat majikan besar yang berkemampuan menawarkan gaji melebihi kadar minimum.

“Gaji minimum yang lebih tinggi penting. Tapi kenaikan gaji jangan berhenti pada pekerja yang paling bawah sahaja. Syarikat besar yang mampu, bayarlah dengan lebih adil. Perniagaan kecil pula perlu dibantu supaya boleh terus berniaga dan bayar pekerja dengan lebih baik,” katanya. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Rakaman Video: Akaun Media Sosial Tengku Zafrul

Tags: ‘Cukup-Cukup Makan’AkuiBoleh JejasKenaikan Gaji MinimumPerniagaantengku zafrul
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PMX Anwar Akui Tadbir Negara Bukan Tugas Yang Mudah

PMX Anwar Akui Tadbir Negara Bukan Tugas Yang Mudah

23/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui mentadbir negara bukanlah suatu tugas yang mudah. Beliau yang juga...

Rakyat Akan Dapat Rasai Hasil Pelaburan Diluluskan RM92.8 Bilion – Tengku Zafrul

Rakyat Akan Dapat Rasai Hasil Pelaburan Diluluskan RM92.8 Bilion – Tengku Zafrul

11/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Pelaburan diluluskan berjumlah RM92.8 bilion pada suku pertama tahun 2026 melibatkan 1,249 projek merentasi sektor perkhidmatan, perkilangan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd