• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, April 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PDRM Tidak Campur Urusan Adat Negeri Sembilan, Pantau Provokasi Dan Hasutan di Media Sosial

oleh Mynewshub
20/04/2026
dalam Utama & Sensasi
0
PDRM Tidak Campur Urusan Adat Negeri Sembilan, Pantau Provokasi Dan Hasutan di Media Sosial
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak akan mencampuri sebarang urusan berkaitan agama dan adat resam serta peruntukan-peruntukan yang termaktub di bawah undang-undang tersebut.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, pihaknya amat menghormati Adat Perpatih dan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959 yang menjadi teras kedaulatan pemerintahan, pentadbiran dan perpaduan negeri ini.

“Dalam masa yang sama, adalah menjadi keutamaan PDRM untuk memastikan keselamatan, ketenteraman awam dan keamanan Negeri Sembilan sentiasa terpelihara, termasuk melindungi nyawa, keselamatan dan harta benda awam.

“Orang ramai dinasihatkan supaya bertenang, tidak melibatkan diri dalam mana-mana pihak yang terbabit, tidak membuat sebarang spekulasi, serta memberi ruang kepada proses yang sedang berjalan tanpa sebarang gangguan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Alzafny berkata, orang ramai dinasihatkan agar sentiasa bertanggungjawab dalam mengeluarkan sebarang kenyataan, ulasan atau perkongsian berhubung kemelut tersebut sama ada secara fizikal mahupun di platform digital.

Menurut beliau, orang ramai juga dinasihatkan tidak menyebarkan sebarang bentuk kandungan yang boleh menimbulkan kekeliruan, keresahan awam atau menyentuh sensitiviti berkaitan 3R (agama, raja dan kaum)

Tegas beliau, mana-mana perbuatan berbentuk ugutan, provokasi, hasutan, fitnah, penyebaran maklumat palsu atau apa-apa unsur yang menyalahi undang-undang berkaitan perkara di atas sekiranya dikesan akan disiasat dan tindakan sewajarnya akan diambil berdasarkan peruntukan undang-undang sedia ada.

“Kerjasama semua pihak dalam mengekalkan ketenteraman, menghormati proses yang sedang berlangsung dan memelihara keharmonian negeri ini amat dihargai,” katanya. – MYNEWSHUB

Tags: fitnahhasutankemelutmedia sosialNegeri SembilanpantauPDRMprovokasiTidak CampurUrusan ADAT
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kerajaan Negeri Tidak Iktiraf Tindakan Menurunkan Yang di-Pertuan Besar N9

Kerajaan Negeri Tidak Iktiraf Tindakan Menurunkan Yang di-Pertuan Besar N9

20/04/2026
0

SEREMBAN, 20 April 2026 – Kerajaan Negeri Sembilan menegaskan bahawa pemberhentian Datuk Mubarak Dohak sebagai penyandang pesaka Datuk Klana Petra...

Zaman Pak Lah, Najib Razak Tiada Masalah Kritik Dasar Kerajaan – Lukman Sheriff

Zaman Pak Lah, Najib Razak Tiada Masalah Kritik Dasar Kerajaan – Lukman Sheriff

19/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Mengkritik polisi dan dasar kerajaan walaupun tidak benar dan provokatif, tidak patut dijadikan kesalahan dibawah Akta Hasutan....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd