• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, October 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Objek Disyaki Serpihan Angkasa Dikesan di Ruang Udara Sarawak

Orang Ramai Diminta Tidak Sentuh Jika Ditemui

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
Objek Disyaki Serpihan Angkasa Dikesan di Ruang Udara Sarawak
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) menasihati orang ramai agar tidak menyentuh sebarang objek mencurigakan yang mungkin jatuh dari langit susulan laporan kenampakan objek dipercayai serpihan angkasa di ruang udara Sarawak.

MOSTI dalam satu kenyataan memaklumkan, melalui Bahagian Penguasa Angkasa (BPAngkasa), pihaknya telah menerima maklumat awal berhubung kejadian tersebut yang dilaporkan berlaku pada 7 April lalu.

Menurut kementerian itu, setakat ini masih tiada laporan rasmi diterima mengenai penemuan serpihan berkenaan sama ada di darat mahupun di perairan.

“Berdasarkan penelitian awal terhadap video tular, objek tersebut dipercayai berkemungkinan sebahagian serpihan objek angkasa (space debris), namun pengesahan lanjut masih dalam siasatan,” kata kenyataan itu hari ini.

MOSTI turut memaklumkan pemantauan sedang dijalankan secara aktif oleh BPAngkasa dengan kerjasama Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.

Sehubungan itu, orang awam diminta agar tidak mendekati atau menyentuh mana-mana objek yang mencurigakan dan segera melaporkan kepada pihak berkuasa.

Sebarang maklumat boleh disalurkan melalui talian kecemasan 999 atau terus kepada BPAngkasa di talian 03-8885 8685 atau emel bpadg@mosti.gov.my. – MYNEWSHUB

 

 

Tags: Jangan SentuhMostisarawakSerpihan angkasa
Share208Tweet130SendShare

Related Posts

DUN Sarawak Bubar, PRN Bakal Berlangsung

DUN Sarawak Bubar, PRN Bakal Berlangsung

23/10/2026
0

KUCHING - Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak dibubar pada Isnin depan bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) diadakan....

Agong, Raja Permaisuri Agong Zahir Ucapan Takziah Kepada Keluarga Mangsa Helikopter Terhempas

Agong, Raja Permaisuri Agong Zahir Ucapan Takziah Kepada Keluarga Mangsa Helikopter Terhempas

09/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd