• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nga Kor Ming Salur RM72,000 Kepada 24 Buah Masjid, Tradisi DAP Eratkan Silaturahim

oleh Mynewshub
11/04/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Nga Kor Ming Salur RM72,000 Kepada 24 Buah Masjid, Tradisi DAP Eratkan Silaturahim
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming memaklumkan beliau meneruskan tradisi murni DAP dengan menyalurkan peruntukan berjumlah RM72,000 kepada 24 buah masjid di kawasan Parlimen Teluk Intan.

Ahli Parlimen Teluk Intan itu dalam satu kenyataan menggunakan kepala surat kementerian berkata, sumbangan itu merupakan manifestasi komitmen berterusan beliau dan DAP dalam mengeratkan hubungan silaturahim di peringkat akar umbi.

“Dalam ucapan sempena Majlis Sentuhan Kasih Aidilfitri Peringkat Parlimen Teluk Intan, beliau (Kor Ming) menegaskan bahawa kepelbagaian budaya dan agama adalah kekuatan utama Malaysia.

“DAP adalah parti untuk semua rakyat tanpa mengira latar belakang. Kami akan teruskan komitmen untuk menyantuni setiap lapisan masyarakat demi memastikan kesejahteraan rakyat sentiasa terbela,” tegas beliau.

Kata Kor Ming, menerusi inisiatif itu, setiap masjid berkenaan menerima peruntukan sebanyak RM3,000.

“Pihak pengurusan masjid yang hadir turut menzahirkan penghargaan atas keprihatinan dan bantuan yang disalurkan tersebut.

“Turut hadir ADUN Pasir Bedamar merangkap Ketua DAPSY Kebangsaan, Woo Kah Leong; Ahli Majlis Perbandaran Teluk Intan, Badrul Hisham Badarudin dan Koh Ling Xian.

“Suasana majlis berlangsung dengan penuh meriah dengan kehadiran lebih 3,000 penduduk setempat yang menunjukkan semangat perpaduan yang teguh di Teluk Intan. Sekian, terima kasih,” katanya. – MYNEWSHUB

Tags: DAPKPKTmasjidMenteri Perumahan dan Kerajaan TempatanNga Kor MingperuntukansilaturahimTeluk Intantradisi
Share210Tweet131SendShare

Related Posts

“Takpe, Saya Tahu Tempat Saya” – ADUN DAP Marina Ibrahim

“Takpe, Saya Tahu Tempat Saya” – ADUN DAP Marina Ibrahim

31/05/2026
0

JOHOR BAHRU – Kenyataan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Skudai, Marina Ibrahim mengenai keputusan beliau untuk tidak bertanding dan...

“Bukan Semua Kaum Cina Sokong Pengiktirafan UEC” – Sing Phing

“Bukan Semua Kaum Cina Sokong Pengiktirafan UEC” – Sing Phing

30/05/2026
0

KUALA LUMPUR - "Bukan semua kaum Cina sokong pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersama (UEC). Ada yang menghantar anak ke Sekolah Menengah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd