• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, September 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Natxo Insa ‘Angkat Stretcher’ Demi Jairo

oleh Mohd Arshad
dalam Utama & Sensasi
0
Natxo Insa ‘Angkat Stretcher’ Demi Jairo
Share on FacebookShare on Twitter

JEDDAH – Aksi dramatik mewarnai perlawanan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) 2026 apabila kapten Johor Darul Ta’zim (JDT), Natxo Insa, mencuri tumpuan selepas bertindak berani membantu mengangkat stretcher bagi mempercepatkan rawatan kepada rakan sepasukan, Jairo da Silva.

Insiden berlaku ketika Jairo mengalami kecederaan serius selepas kepalanya terkena sepakan dalam gerakan akrobatik pemain Al Ahli, Ali Majrashi, yang menyebabkan beliau rebah di atas padang.

Menurut rakaman yang tular, situasi menjadi cemas apabila pasukan perubatan didakwa lambat bertindak, sebelum Natxo Insa sendiri mengambil inisiatif membawa stretcher masuk ke dalam padang bagi mempercepatkan proses bantuan kecemasan.

Bagaimanapun, tindakan spontan itu mengundang padah apabila pengadil dari Jordan menghadiahkan kad kuning kepada beliau atas reaksi berkenaan.

Jairo kemudiannya segera diusung keluar dan dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut.

Kemas kini daripada media tempatan Arab Saudi memaklumkan penyerang kelahiran Brazil itu kini berada dalam keadaan stabil, namun masih ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah hospital di Jeddah bagi pemantauan rapi.

Foto yang tular turut menunjukkan Jairo ditemani kakitangan perubatan JDT ketika menjalani rawatan susulan.

Dalam perlawanan tersebut, JDT terpaksa akur tewas 1-2 kepada Al Ahli Saudi dalam aksi yang penuh intensiti.

Insiden berkenaan turut mencetuskan perbincangan dalam kalangan penyokong bola sepak, khususnya mengenai tahap respons kecemasan di stadium, selain memuji tindakan pantas Natxo Insa yang mengutamakan keselamatan rakan sepasukan.

https://www.mynewshub.tv/wp-content/uploads/2026/04/firdaus_razani_video_1776472496925.mp4
Tags: JDT
Share200Tweet125SendShare

Related Posts

JDT Lancar JDT+, Dokumentari ‘Untamed’ Bakal Bersiaran 22 Oktober

JDT Lancar JDT+, Dokumentari ‘Untamed’ Bakal Bersiaran 22 Oktober

22/09/2026
0

JOHOR BAHRU - Kelab Bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) melancarkan JDT+, sebuah platform kandungan premium khusus untuk membawa penyokong...

JDT Terus Dominan, Kemenangan Besar Demi Kemenangan

JDT Terus Dominan, Kemenangan Besar Demi Kemenangan

21/09/2026
0

JOHOR Darul Ta’zim (JDT) bukan sekadar menang sejak sepak mula Liga Malaysia musim 2026/2027, malah sebahagian besar kemenangan dicatat dengan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd