• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 12, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Menteri Mohamad Sabu Tunjuk Bakat Masak Kari Di Vietnam

oleh Mynewshub
26/04/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Menteri Mohamad Sabu Tunjuk Bakat Masak Kari Di Vietnam
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu yang diketahui umum sebagai mahir dalam masakan menunjukkan bakat memasak beliau di Hanoi, Vietnam semalam.

Mohamad Sabu mencuri perhatian apabila turun padang menunjukkan kemahiran memasaknya ketika bergotong-royong masak kari untuk majlis makan malam di Rumah Malaysia di negara tersebut.

Menerusi perkongsian di media sosial, beliau berkata, aktiviti gotong-royong memasak kari untuk makan malam itu bukan sahaja mengeratkan hubungan, malah menyemarakkan semangat kekeluargaan dalam kalangan delegasi Malaysia di perantauan.

“Semua pakat bantu-membantu, rasa macam satu keluarga besar walaupun kita semua jauh di perantauan,” katanya.

Dalam masa sama, beliau turut merakamkan penghargaan kepada Duta Besar Malaysia ke Vietnam, Tan Yang Thai serta isteri, Datin Akiko Morioka Tan atas layanan mesra dan istimewa sepanjang lawatan tersebut.

Menurutnya, sambutan yang diberikan jelas mencerminkan kehangatan rakyat Malaysia walaupun berada di luar negara.

“Inilah semangat Malaysia sebenar. Walaupun di bumi Vietnam, kehangatan dan kemesraan itu tetap buat kita rasa seperti di rumah sendiri,” ujarnya.Mohamad mengetuai delegasi Malaysia dalam lawatan kerja rasmi ke Hanoi, Vietnam bagi memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) antara Malaysia dan Vietnam dalam bidang pertanian. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Mohamad Sabu

Tags: Datuk Seri Mohamad SabuHanoiMasak KariMenteri Pertanian dan Keterjaminan MakananVietnam
Share199Tweet125SendShare

Related Posts

Kita Nak Berkawan, Tetapi Mereka Memilih Berlawan – Mohamad Sabu

Kita Nak Berkawan, Tetapi Mereka Memilih Berlawan – Mohamad Sabu

25/05/2026
0

KUALA LUMPUR - "Kita nak berkawan, tetapi kalau mereka memilih untuk berlawan, kita akan bertanding habis-habisan" Demikian kenyataan Presiden Parti...

“Jangan Cemburu Dengan Kemajuan Orang Lain” – Mohamad Sabu

“Jangan Cemburu Dengan Kemajuan Orang Lain” – Mohamad Sabu

22/05/2026
0

KUALA LUMPUR - "Jangan Cemburu Dengan Kemajuan Orang Lain, Kita Bangkit Dengan Persaingan Bukan Perkauman" Demikian pesanan Presiden Parti Amanah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd