• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, November 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Bang Mat Menjadi Saksi Perjuangan Anwar Bawa Islah Kepada Negara”

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
“Bang Mat Menjadi Saksi Perjuangan Anwar Bawa Islah Kepada Negara”
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Timbalan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Mohamad Sabu mendakwa beliau merupakan saksi kepada perjuangan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam membawa islah kepada negara.

Beliau yang juga Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) berkata, Anwar telah memberikan amanat dan mesej yang jelas bahawa reformasi tidak boleh berhenti selepas mendapat kuasa.

“Tadbir urus mesti diperbaiki. Rasuah mesti dilawan. Amanah rakyat mesti dijaga. Yang ‘sakau’ duit rakyat, kita lawan. Tak kira siapa, tak kira kedudukan,” katanya dalam satu kenyataan di media sosial.

Mohamad berkata, Anwar juga serius dalam soal Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dengan hak rakyat Sabah dan Sarawak terus diperjuangkan dan dilaksanakan dengan sebaiknya.

Menurut beliau, dalam aspek ekonomi angka pertumbuhan adalah penting, tetapi yang lebih penting rakyat rasa kehidupan mereka semakin baik dan kerajaan mampu menangani tekanan kos sara hidup.

“Bang Mat juga menyambut baik pengumuman untuk memansuhkan AUKU yang akan memberi ruang dan kebebasan lebih luas kepada mahasiswa,” katanya.

Beliau seterusnya berkata, reformasi bukan sekadar slogan dan sekarang masa untuk dibuktikan dengan kerja dan tindakan selepas diberi amanah.

“Perjuangan masih panjang. Kita terus bekerja untuk rakyat dan negara,” katanya. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Mohamad Sabu

Tags: Datuk Seri Anwar IbrahimDatuk Seri Mohamad Sabumembawa islahNEGARAPERJUANGANPHsaksiTimbalan Pengerusi Pakatan Harapan
Share203Tweet127SendShare

Related Posts

Sudah Tiba Masa Masyarakat Cina Berhenti Pertahankan PH, Anwar – Lee Chean Chung

Sudah Tiba Masa Masyarakat Cina Berhenti Pertahankan PH, Anwar – Lee Chean Chung

11/11/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR) Petaling Jaya, Lee Chean Chung menggesa masyarakat Cina berhenti mempertahankan...

‘Nah Sekarang, Di Mana Cerdiknya Perdana Menteri Yang Penyokong PH Agung-Agungkan?’ – Ahmad Fadhli

‘Nah Sekarang, Di Mana Cerdiknya Perdana Menteri Yang Penyokong PH Agung-Agungkan?’ – Ahmad Fadhli

11/11/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Penerangan PAS Pusat, Ahmad Fadhli Shaari mempersoalkan kebijaksanaan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim susulan keputusan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd