• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, October 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Khaled Nordin Kagum Teknologi Ketenteraan Iran, Patriotisme Rakyat

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
Khaled Nordin Kagum Teknologi Ketenteraan Iran, Patriotisme Rakyat
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menyatakan kekaguman terhadap keupayaan teknologi ketenteraan Iran termasuk dron, roket dan misil ketika menerima kunjungan hormat Duta Besar Iran ke Malaysia, Valiollah Mohammadi Nasrabadi.

Menurut Mohamed Khaled, selain aspek teknologi, beliau turut menyatakan rasa kagum terhadap nilai patriotisme, kegigihan serta ketahanan rakyat Iran.

“Dalam kesempatan semasa kunjungan Duta Iran, saya menyatakan kekaguman terhadap teknologi dron, roket dan misil Iran serta nilai patriotisme, kegigihan dan ketahanan bangsa Iran terhadap negaranya,” katanya dalam satu hantaran di media sosial.

Dalam pertemuan tersebut, Mohamed Khaled turut merakamkan ucapan takziah kepada kerajaan Iran susulan kehilangan pimpinan utama negara itu termasuk Menteri Pertahanannya, Aziz Nasirzadeh akibat konflik bersenjata yang sedang melanda.

Beliau turut menyatakan simpati terhadap mangsa yang terkorban dan cedera, selain kerosakan harta benda yang dialami rakyat negara berkenaan.

Pada masa sama, Malaysia merakamkan penghargaan kepada kerajaan Iran atas kerjasama dalam memastikan keselamatan kapal dagang Malaysia di Selat Hormuz yang disifatkan penting bagi menjamin kelangsungan bekalan tenaga negara.

Mengulas lanjut, Mohamed Khaled menegaskan harapan Malaysia agar konflik berkenaan dapat dihentikan segera demi memastikan keamanan dan kestabilan serantau terus terpelihara. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Khaled Nordin

Tags: Datuk Seri Mohamed Khaled NordinDuta IranKagumKetenteraanmenteri pertahananPatriotismeTeknologiValiollah Mohammadi Nasrabadi.
Share201Tweet126SendShare

Related Posts

Menteri Pertahanan Khaled Nordin Lawat Anggota MALBATT 850-13 Di Kem Marakah

Menteri Pertahanan Khaled Nordin Lawat Anggota MALBATT 850-13 Di Kem Marakah

01/10/2026
0

LEBANON - Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin meluahkan rasa tersentuh melihat sendiri semangat, disiplin dan dedikasi anggota Batalion...

‘Ahmad Bergson’ Kagum Budaya Masyarakat Islam Malaysia

‘Ahmad Bergson’ Kagum Budaya Masyarakat Islam Malaysia

26/09/2026
0

JAKARTA - “Betul-betul Ahmad Bergson sekarang, kan?” Demikian seloroh penyerang naturalisasi negara, Bergson da Silva ketika ditanya mengenai gelaran ‘Ahmad...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd