• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, July 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ketua Kampung Wajib Jadi Mata Dan Telinga Kerajaan – Nga Kor Ming

oleh Mynewshub
24/04/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Ketua Kampung Wajib Jadi Mata Dan Telinga Kerajaan – Nga Kor Ming
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Ketua Kampung Baru Cina diseru memainkan peranan sebagai mata dan telinga kerajaan serta sentiasa turun padang bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi rakyat secara proaktif.

Seruan itu disampaikan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming pada Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Baru Cina Negeri Perak 2026/2028.

Seramai 160 Ketua Kampung Baru Cina dari seluruh Perak diberikan watikah pelantikan pada majlis yang berlangsung di AC Marriott Hotel di sini hari ini.

“Pelantikan tersebut bukan sekadar satu pengiktirafan, malah merupakan amanah besar yang menuntut setiap Ketua Kampung untuk bertindak sebagai barisan hadapan dalam menyampaikan dasar kerajaan, menjaga kebajikan rakyat serta memelihara keharmonian komuniti,” ujar beliau.

Pada masa yang sama, katanya, KPKT kekal komited dalam memperkasa pembangunan Kampung Baru Cina di seluruh negara melalui empat hala tuju utama iaitu pembangunan, pengindahan, pelancongan serta pengukuhan produk tempatan menerusi inisiatif ‘Kampung Good’

“Sehingga kini, sebanyak 2,750 projek pembangunan telah dilaksanakan di Kampung Baru Cina seluruh negara merangkumi penaiktarafan infrastruktur asas, pembinaan kemudahan awam seperti taman dan medan selera, pembaikan jalan kampung serta pemasangan lampu jalan,” tambah beliau. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Nga Kor Ming

Tags: Kampung Baru CinaKementerian Perumahan dan Kerajaan TempatanKerajaanketua kampungmataMenteri KPKTNga Kor Mingtelinga
Share199Tweet124SendShare

Related Posts

Nga Kor Ming Bersyukur Dakwa Lebih 10,000 Hadir Ceramah PH

Nga Kor Ming Bersyukur Dakwa Lebih 10,000 Hadir Ceramah PH

27/07/2026
0

SEREMBAN - Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming mendakwa lebih 10,000 rakyat Negeri Sembilan menghadiri ceramah Pakatan Harapan...

Rakyat Malu Skandal 1MDB, Tabung Haji, FELDA – Nga Kor Ming

Rakyat Malu Skandal 1MDB, Tabung Haji, FELDA – Nga Kor Ming

25/07/2026
0

SEREMBAN - Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming meminta rakyat Negeri Sembilan tidak melupakan zaman gelap yang didakwa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd