• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 12, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Pintu Belakang Bukan Demokrasi, Pengkhianatan Mandat Rakyat – DAP

oleh Mynewshub
28/04/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Kerajaan Pintu Belakang Bukan Demokrasi, Pengkhianatan Mandat Rakyat – DAP
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook menegaskan bahawa parti itu tidak akan menyokong sebarang usaha menubuhkan kerajaan melalui cara yang disifatkan sebagai “tebuk atap” atau pintu belakang.

Menurut beliau, mandat rakyat di Negeri Sembilan adalah jelas apabila gabungan kerajaan perpaduan melibatkan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) telah dibentuk sebelum pilihan raya dan kemudiannya mendapat pengesahan daripada pengundi.

“Tiada kompromi dalam perkara ini. No to backdoor government. Period,” katanya dalam satu hantaran di media sosial.

Beliau turut menegaskan bahawa sebarang usaha untuk menukar kerajaan negeri perlu dilakukan mengikut proses demokrasi yang sah, iaitu sama ada melalui usul undi tidak percaya di Dewan Undangan Negeri (DUN) atau dengan membuktikan bahawa kerajaan sedia ada telah hilang majoriti sokongan.

“Selain daripada itu, itu bukan demokrasi. Itu adalah pengkhianatan terhadap mandat rakyat,” tegasnya.

Dalam masa sama, DAP Negeri Sembilan menyatakan sokongan penuh kepada Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun untuk terus menerajui pentadbiran negeri.

Beliau turut menekankan bahawa keutamaan kerajaan negeri ketika ini adalah memastikan kestabilan politik, kelangsungan pembangunan serta pentadbiran berjalan seperti biasa tanpa gangguan.

DAP turut memberi amaran bahawa sebarang cubaan untuk menubuhkan kerajaan melalui pintu belakang merupakan tindakan yang membelakangi suara rakyat.

“Mandat rakyat bukan untuk diperdagangkan,” katanya. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Anthony Loke Siew Fook

 

Tags: Anthony Loke Siew FookDemokrasiKerajaanPintu BelakangSetiausaha Agung DAPTebuk atap
Share201Tweet126SendShare

Related Posts

Gabungan Nasionalis Minta Kerajaan Lihat Semula Pengiktirafan MCCBCHST

Gabungan Nasionalis Minta Kerajaan Lihat Semula Pengiktirafan MCCBCHST

12/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan diminta melihat semula pengiktirafan kepada Majlis Perundingan Malaysia bagi Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao...

PM Anwar Sedang Sibuk Urus Negara, Yang Lain Sibuk Nak Tebuk Atap

PM Anwar Sedang Sibuk Urus Negara, Yang Lain Sibuk Nak Tebuk Atap

12/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru pulang dari Tokyo, Jepun dan sedang sibuk menguruskan negara bagi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd