• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Kantoi’ Onani Depan Wanita, Lelaki 55 Tahun Ditahan Polis

oleh Mynewshub
24/04/2026
dalam Utama & Sensasi
0
‘Kantoi’ Onani Depan Wanita, Lelaki 55 Tahun Ditahan Polis
Share on FacebookShare on Twitter

GERIK – Seorang lelaki berusia 55 tahun ditahan polis selepas tindakannya melakukan gangguan seksual terhadap seorang wanita dengan beronani di dalam sebuah pasar raya di sini tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Abdul Samad Othman memaklumkan, pihaknya menerima laporan daripada mangsa, seorang pekerja pasar raya berusia 25 tahun, pada jam 5.57 petang semalam.

Menurut beliau, hasil siasatan mendapati kejadian berlaku sekitar jam 3.33 petang ketika mangsa sedang bertugas sebelum terdengar bunyi seperti zip seluar dibuka.

“Curiga dengan bunyi tersebut, mangsa pergi melihat dan terkejut apabila mendapati suspek sedang membuka zip seluar serta beronani sambil memandang ke arahnya.

“Suspek dilihat memegang kemaluannya dan melakukan perbuatan tidak senonoh itu secara terbuka di dalam premis berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah beliau, mangsa bertindak merakam kejadian menggunakan telefon bimbit sebelum memarahi suspek, menyebabkan lelaki itu segera beredar dari lokasi.

Bagaimanapun, polis berjaya mengesan suspek tidak lama kemudian dan menahannya bagi membantu siasatan.

Suspek dijangka akan dibawa ke mahkamah untuk permohonan reman.

Kes disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan kerana mengaibkan kehormatan seseorang serta Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955.

Terdahulu, video berdurasi dua minit 31 saat memaparkan kejadian tersebut tular di media sosial, mencetuskan kemarahan orang ramai terhadap tindakan tidak bermoral suspek.

https://www.mynewshub.tv/wp-content/uploads/2026/04/batrisa.haylek_video_1776960001003.mp4
Tags: aksi lucahONANI
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kesatuan Mahasiswa UM Desak Pasukan Teater Mohon Maaf Dalam Tempoh 24 Jam

Kesatuan Mahasiswa UM Desak Pasukan Teater Mohon Maaf Dalam Tempoh 24 Jam

16/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya (KMUM) mengecam sekeras-kerasnya pementasan teater oleh sebuah pasukan teater kolej di UM yang...

Pasangan Mengaku Bersalah Buat Aksi Tak Senonoh Di Kubur Cina, Ditahan Polis

Pasangan Mengaku Bersalah Buat Aksi Tak Senonoh Di Kubur Cina, Ditahan Polis

24/03/2026
0

GEORGETOWN – Sepasang kekasih tempatan mengaku bersalah melakukan perbuatan tidak senonoh di sebuah tanah perkuburan Cina di sini selepas video...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd