• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pasangan Mengaku Bersalah Buat Aksi Tak Senonoh Di Kubur Cina, Ditahan Polis

oleh AK-47
24/03/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Pasangan Mengaku Bersalah Buat Aksi Tak Senonoh Di Kubur Cina, Ditahan Polis
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGETOWN – Sepasang kekasih tempatan mengaku bersalah melakukan perbuatan tidak senonoh di sebuah tanah perkuburan Cina di sini selepas video aksi mereka tular di media sosial.

 

Kejadian memalukan itu dipercayai berlaku di Tanah Perkuburan Cina Batu Gantung, Air Itam pada 22 Mac lalu sebelum rakaman tersebut mencetuskan kemarahan orang ramai.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Abdul Rozak Muhammad berkata, pihaknya menerima laporan sekitar jam 12.05 tengah hari daripada seorang lelaki tempatan berusia 69 tahun berhubung video berkenaan.

 

Menurut beliau, siasatan awal mendapati pasangan terbabit bertindak tidak sopan di kawasan awam yang sepatutnya dihormati.

“Susulan itu, polis berjaya menahan seorang wanita tempatan berusia 37 tahun kira-kira jam 8.35 malam di sebuah flat berhampiran Jalan Padang Tembak.

 

“Seorang lelaki tempatan berusia 58 tahun pula ditahan sekitar jam 11.10 malam di hadapan sebuah bangunan berhampiran Jalan Paya Terubong, Sungai Ara,” katanya dalam kenyataan.

 

Tambah beliau, kedua-dua suspek telah mengaku terlibat dalam kejadian tersebut.

 

Kes kini disiasat di bawah Seksyen 294(a) Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan lucah di tempat awam, Seksyen 509 Kanun Keseksaan kerana mengaibkan kehormatan, serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 berkaitan penyalahgunaan rangkaian komunikasi.

 

Difahamkan, pasangan tersebut akan dibawa ke mahkamah hari ini untuk permohonan reman bagi membantu siasatan lanjut.

 

Insiden ini sekali lagi mencetuskan persoalan mengenai tahap moral dan rasa hormat terhadap tempat awam, khususnya kawasan perkuburan yang sepatutnya dipelihara kesuciannya.-MYNEWSHUB

Tags: aksi lucah
Share229Tweet143SendShare

Related Posts

‘Kantoi’ Onani Depan Wanita, Lelaki 55 Tahun Ditahan Polis

‘Kantoi’ Onani Depan Wanita, Lelaki 55 Tahun Ditahan Polis

24/04/2026
0

GERIK – Seorang lelaki berusia 55 tahun ditahan polis selepas tindakannya melakukan gangguan seksual terhadap seorang wanita dengan beronani di...

Kesatuan Mahasiswa UM Desak Pasukan Teater Mohon Maaf Dalam Tempoh 24 Jam

Kesatuan Mahasiswa UM Desak Pasukan Teater Mohon Maaf Dalam Tempoh 24 Jam

16/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya (KMUM) mengecam sekeras-kerasnya pementasan teater oleh sebuah pasukan teater kolej di UM yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd