• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kesatuan Mahasiswa UM Desak Pasukan Teater Mohon Maaf Dalam Tempoh 24 Jam

oleh Mynewshub
16/04/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Kesatuan Mahasiswa UM Desak Pasukan Teater Mohon Maaf Dalam Tempoh 24 Jam
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya (KMUM) mengecam sekeras-kerasnya pementasan teater oleh sebuah pasukan teater kolej di UM yang didakwa memaparkan unsur tidak senonoh serta melanggar batas norma kesopanan dan nilai agama.

Menurut KMUM, pementasan yang sepatutnya menjadi medium seni, intelektual dan pembangunan sahsiah mahasiswa tidak boleh disalahgunakan sebagai ruang untuk menormalisasikan kandungan tidak bermoral sehingga mencetuskan ketidakselesaan dalam kalangan warga kampus.

Dalam kenyataan itu, KMUM menegaskan bahawa lakonan teater tidak boleh dijadikan alasan untuk menyembunyikan normalisasi aksi lucah yang jelas bercanggah dengan nilai murni serta sensitiviti masyarakat, khususnya dalam persekitaran institusi pengajian tinggi.

Sehubungan itu, KMUM mengemukakan beberapa tuntutan tegas termasuk menggesa pasukan teater yang terlibat supaya mengeluarkan permohonan maaf secara terbuka kepada seluruh warga kampus dalam tempoh 24 jam.

Menurutnya, kegagalan berbuat demikian mencerminkan sikap tidak bertanggungjawab terhadap sensitiviti masyarakat kampus yang majoritinya beragama Islam serta berpegang kepada nilai kesopanan.

Dalam masa sama, KMUM turut menegaskan bahawa pihak penganjur tidak boleh lepas tangan dalam isu tersebut dan perlu bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kandungan yang dipersembahkan di bawah program mereka.

“Tindakan segera perlu diambil terhadap pihak yang terlibat tanpa berlengah, termasuk menjalankan siasatan serta-merta bagi mengatasi isu ini,” menurut kenyataan itu lagi. – MYNEWSHUB

 

Tags: 24 jamaksi lucahKesatuan MahasiswaPasukan Teaterpermohonan maafUMUniversiti Malaya
Share200Tweet125SendShare

Related Posts

“Saya Akan Dapatkan Maklumat Daripada Pihak UM” – Zambry

“Saya Akan Dapatkan Maklumat Daripada Pihak UM” – Zambry

16/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan mendapatkan maklumat daripada Universiti Malaya (UM) berhubung isu adegan ranjang dalam sebuah...

Universiti Malaya Mohon Maaf Persembahan Teater Tidak Bermoral

Universiti Malaya Mohon Maaf Persembahan Teater Tidak Bermoral

16/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Universiti Malaya (UM) tampil memberikan penjelasan rasmi berhubung isu adegan dalam sebuah persembahan teater yang tular di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd