• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Jika Darurat Tak Sesuai, Tunggu Keadaan Global Stabil Sebelum Adakan PRN’

oleh Mynewshub
15/04/2026
dalam Utama & Sensasi
0
‘Jika Darurat Tak Sesuai, Tunggu  Keadaan Global Stabil Sebelum Adakan PRN’
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen DAP Kota Melaka, Khoo Poay Tiong menegaskan cadangan mengisytiharkan darurat supaya Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak perlu diadakan kerana terdapat keutamaan lain yang lebih mendesak ketika negara sedang berdepan krisis global.

Menurut beliau, dunia kini berdepan dengan krisis geopolitik serius yang membawa kepada masalah bekalan tenaga dan bahan api, malah berpotensi menyebabkan kenaikan kos makanan dalam masa terdekat.

Beliau berkata, krisis tersebut tidak boleh dipandang ringan kerana ia akan memberi kesan besar kepada rakyat dan perniagaan.

“Dalam keadaan sebegini, adakah wajar mengadakan PRN, apatah lagi apabila terdapat spekulasi bahawa ia mungkin diadakan seawal bulan Jun atau Julai tahun ini? Ini akan mengalihkan sumber, masa dan tenaga daripada perkara yang lebih penting.

“Tambahan pula, PRN sebenarnya hanya wajib diadakan selewat-lewatnya Februari 2027, jadi mengapa perlu tergesa-gesa?,” katanya dalam satu kenyataan di muat naik di media sosial.

Poay Tiong berkata, cadangan untuk mengisytiharkan darurat hanyalah salah satu pendekatan yang beliau kemukakan berdasarkan pengalaman ketika pandemik Covid-19.

Kata beliau, jika tidak sesuai, perkara itu boleh dibahas dan mencari alternatif lain seperti menunggu sehingga keadaan global kembali stabil sebelum mengadakan pilihan raya.

“Kita juga tidak perlu bersikap sombong atau memberi syarahan kepada orang lain tentang “maruah”. Jaga diri sendiri terlebih dahulu.

“Pepatah Melayu ada mengatakan, “meludah ke langit, terkena muka sendiri.” Sama ada seseorang itu masih memegang jawatan Exco atau tidak, itu bukan isu utama kepada rakyat,” katanya. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Khoo Poay Tiong

Tags: Ahli Parlimen Kota MelakaDAPdaruratkhoo poay tiongKrisis globalPRNstabil
Share204Tweet128SendShare

Related Posts

Tawaran Jawatan Badan Berkanun Dengan Niat Baik – Ong Kian Ming

Tawaran Jawatan Badan Berkanun Dengan Niat Baik – Ong Kian Ming

03/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Ahli Parlimen DAP, Dr Ong Kian Ming mempertahankan Pengerusi DAP Johor, Teo Nie Ching susulan kontroversi...

PMX Jemaah Menteri Tidak Perlu Berkampung Di Johor –  Syahir Sulaiman

PMX Jemaah Menteri Tidak Perlu Berkampung Di Johor – Syahir Sulaiman

03/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Jemaah Menteri disaran tidak berkampung di Johor sempena Pilihan Raya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd