• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Isham Jalil Mahu Buat Laporan Polis Terhadap MCMC – ‘Posting’ Berkenaan Isu Diesel Kena Sekat, Siasat

oleh Mynewshub
15/04/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Isham Jalil Mahu Buat Laporan Polis Terhadap MCMC – ‘Posting’ Berkenaan Isu Diesel Kena Sekat, Siasat
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Isham Jalil memaklumkan beliau akan membuat laporan polis terhadap Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC)

Dakwanya, laporan polis itu dibuat atas tuduhan penyalahgunaan kuasa serta pembaziran sumber dan dana awam susulan tindakan memulakan siasatan terhadapnya.

“Merampas harta peribadi atau telefon bimbit saya atas perkara yang tiada asas kukuh untuk tindakan tersebut,” dakwanya dalam satu hantaran di media sosial hari ini.

Dalam hantaran sama, Isham mendakwa siasatan terhadapnya berpunca daripada satu hantaran pada 11 April 2026 yang didakwa telah diarahkan untuk disekat oleh MCMC kepada Facebook pada 12 April 2026.

Menurut beliau, hantaran tersebut berkaitan laporan dari Filipina mengenai penerimaan 329,000 tong (52 juta liter) diesel dari Malaysia.

Tambahnya, laporan polis itu juga akan merangkumi permintaan supaya pihak polis dan MCMC menyiasat sebuah portal penyokong Anwar Ibrahim berhubung dakwaan Malaysia terus mengeksport diesel ke luar negara.

Dakwanya lagi, portal berkenaan telah terlebih dahulu menyiarkan berita tersebut sebelum hantarannya pada 11 April 2026, namun tiada sebarang tindakan diambil oleh pihak berkuasa.

“Tindakan undang-undang lain seperti tindakan sivil akan menyusul,” katanya. — MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun media sosial Isham Jalil

Tags: FilipinaIsham JalilIsu Diesellaporan polisMCMCsiasatanSuruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia
Share215Tweet135SendShare

Related Posts

APAD Teliti Unsur Kecuaian Dalam Insiden Tren Tergelincir

APAD Teliti Unsur Kecuaian Dalam Insiden Tren Tergelincir

29/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) menegaskan tindakan penguatkuasaan boleh diambil di bawah Seksyen 101 Akta Pengangkutan Awam...

Apabila Tukar Kerajaan, Insya-Allah Kita Akan Berlaku Adil – Isham Jalil

Apabila Tukar Kerajaan, Insya-Allah Kita Akan Berlaku Adil – Isham Jalil

26/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Isham Jalil memaklumkan siasatan kes terhadap beliau berhubung isu ‘diesel...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd