• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, November 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lim Guan Eng Dakwa Siasatan Isu KLSCAH ‘Double Standard’, Adakah Kerana Kementerian Dipimpin Menteri DAP?

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
Lim Guan Eng Dakwa Siasatan Isu KLSCAH  ‘Double Standard’, Adakah Kerana Kementerian Dipimpin Menteri DAP?
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pemimpin DAP, Lim Guan Eng mempersoalkan tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat isu pajakan tanah Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH)

Penasihat DAP itu mendakwa siasatan tersebut bersifat ‘double standard’ (pilih kasih) apabila siasatan terhadap isu perbelanjaan berlebihan RM2.1 bilion oleh Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) dilengah-lengahkan.

Beliau mempersoalkan sama ada siasatan segera dilancarkan kerana satu kementerian dipimpin Menteri DAP, manakala satu lagi boleh dilengah-lengahkan kerana diterajui Menteri UMNO yang juga Timbalan Perdana Menteri.

“Kementerian Kewangan sendiri mengeluarkan kenyataan akhbar mengesahkan jumlah perbelanjaan lebihan sebanyak RM 2.1 bilion dan salah laku tersebut. Akan tetapi tidak ada sebarang tindak balas segera oleh SPRM.

“Malah alasan awal SPRM bahawa siasatan tidak boleh dimulakan kerana tidak ada laporan telahpun ditangkis dengan laporan SPRM oleh Ahli Parlimen Kampar, Chong Zhemin pada 6 Oktober 2026,” dakwanya dalam satu kenyataan di media sosial.

Guan Eng yang juga bekas Menteri Kewangan mendakwa sekiranya SPRM boleh menjalankan siasatan ke atas Kementerian Hannah Yeoh semata-mata atas desakan pemimpin BN atau PN, mengapa pula tidak sebarang tindakan ke atas KKDW.

Beliau mendakwa, SPRM akan kehilangan keyakinan rakyat bahawa ia menjalankan tugas secara profesional dan bebas sekiranya tanggapan siasatan “antara dua darjat” berlaku tidak dijawab. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Lim Guan Eng

Tags: 'Double Standard'Isu KLSCAHkementerianLim Guan EngMenteri DAPsiasatan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Hannah Yeoh Sahkan Pegawai SPRM Hadir Ke Pejabat, Pembantu Dipanggil Bantu Siasatan Isu KLSCAH

Hannah Yeoh Sahkan Pegawai SPRM Hadir Ke Pejabat, Pembantu Dipanggil Bantu Siasatan Isu KLSCAH

26/11/2026
0

KUALA LUMPUR - Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh mengesahkan tiga pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)...

Lim Guan Eng Minta Pemimpin Kerajaan Ambil Iktibar Kekalahan Besar Trump, Keluar Bilik Berhawa Dingin Dengar Keluhan Rakyat

Lim Guan Eng Minta Pemimpin Kerajaan Ambil Iktibar Kekalahan Besar Trump, Keluar Bilik Berhawa Dingin Dengar Keluhan Rakyat

05/11/2026
0

KUALA LUMPUR - Penasihat DAP, Lim Guan Eng menggesa pimpinan kerajaan mengambil iktibar daripada kekalahan besar Parti Republikan pimpinan Presiden...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub.

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub.