• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, November 9, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Indonesia Pertimbang Benarkan Tentera AS Guna Ruang Udaranya

Haruskah Malaysia Membantah?

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
Indonesia Pertimbang Benarkan Tentera AS Guna Ruang Udaranya
Share on FacebookShare on Twitter

Oleh Mynewshub

JAKARTA – Indonesia kini sedang mempertimbangkan cadangan untuk membenarkan tentera Amerika Syarikat (AS) menggunakan ruang udaranya.

Menurut laporan media antarabangsa, Washington dilihat berminat mendapatkan akses lebih luas termasuk kebenaran lintasan udara dan operasi tertentu melibatkan pesawat tenteranya di ruang udara Indonesia.

Bagaimanapun, Kementerian Pertahanan Indonesia menegaskan bahawa perkara tersebut masih berada di peringkat awal dan belum dimuktamadkan.

“Dokumen yang beredar ketika ini hanyalah draf awal atau letter of intent. Ia belum mengikat dan tidak boleh dijadikan dasar rasmi kerajaan,” menurut kenyataan kementerian itu.

Pihak kementerian turut menekankan bahawa sebarang keputusan akan dibuat dengan penuh berhati-hati, dengan keutamaan diberikan kepada kepentingan nasional serta kedaulatan negara.

Jurucakap Kementerian Pertahanan, Brigedier Jeneral Rico Ricardo Sirait berkata, sebarang bentuk kerjasama pertahanan perlu melalui proses penilaian yang ketat dan berlapis.

Katanya, semua bentuk kerjasama mesti mematuhi undang-undang domestik dan antarabangsa selain tidak menjejaskan kawalan penuh Indonesia terhadap ruang udaranya.

Dalam masa sama, isu ini turut mendapat perhatian Parlimen Indonesia, dengan beberapa pemimpin menyuarakan kebimbangan terhadap kemungkinan akses tanpa sekatan kepada pihak asing.

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya I DPR, Sukamta menegaskan tiada asas undang-undang untuk memberikan akses bebas kepada negara luar tanpa penelitian rapi.

Beliau turut menggesa kerajaan memberikan penjelasan yang jelas dan telus kepada rakyat berhubung cadangan tersebut.

Difahamkan, perkara ini dibincangkan menjelang pertemuan antara Setiausaha Pertahanan AS, Pete Hegseth dan Menteri Pertahanan Indonesia, Sjafrie Sjamsoeddin.

Walaupun terdapat dakwaan bahawa cadangan itu telah diluluskan, pihak berkuasa Indonesia menegaskan tiada keputusan akhir dibuat setakat ini.

Apa yang pasti, sebarang langkah membenarkan penggunaan ruang udara oleh tentera asing akan terus menjadi isu sensitif yang berkait rapat dengan kedaulatan negara.

Walaupun ini isu kedaulatan dan hak Indonesia, namun negara jiran seperti Malaysia perlu memantau isu ini secara aktif kerana kehadiran tentera AS secara bebas di rantau ini akan mengundang peningkatan ketegangan dengan kuasa besar lain terutama China. – MYNEWSHUB

Tags: 1MalaysiaIndonesia
Share206Tweet129SendShare

Related Posts

Jangan Ambil Kesempatan Kaitkan JCorp Dengan Kebakaran Hutan Indonesia

Jangan Ambil Kesempatan Kaitkan JCorp Dengan Kebakaran Hutan Indonesia

29/10/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menegaskan dakwaan yang mengaitkan Johor Corporation (JCorp) dengan kejadian kebakaran...

Kementerian Haji Indonesia Gesa 70,000 Jemaah Umrah Elak Penerbangan Transit Di Malaysia Dan Singapura

Kementerian Haji Indonesia Gesa 70,000 Jemaah Umrah Elak Penerbangan Transit Di Malaysia Dan Singapura

27/10/2026
0

Oleh Mynewshub Agensi pelancongan umrah diminta mengutamakan penerbangan terus menerusi Garuda Indonesia dan Lion Air bagi mengelakkan aliran keluar ekonomi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd