• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, October 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ibu Tunggal Didenda RM2,000 Miliki 100 Bahan Lucah Dalam Telefon

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
Ibu Tunggal Didenda RM2,000 Miliki  100 Bahan Lucah Dalam Telefon
Share on FacebookShare on Twitter

BACHOK – Seorang ibu tunggal didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini kerana memiliki kira-kira 100 bahan lucah dalam telefon bimbit miliknya.

Wanita berkenaan, Siti Munirah Muhamad, 32, dijatuhi hukuman itu selepas mengaku salah atas pertuduhan dikenakan terhadapnya.

Mengikut pertuduhan, wanita itu didapati memiliki sebuah telefon Realme 9 yang mengandungi kira-kira 100 rakaman video lucah di sebuah rumah di Kampung Kubang Telaga.

Pertuduhan mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Terdahulu, peguam wanita tersebut memberitahu anak guamnya itu seorang ibu tunggal dan memohon hukuman denda kerana hanya berpendapatan RM35 sehari.

Wanita itu mempunyai anak perempuan berusia 15 tahun yang dijaga oleh ibu bapanya dan tertuduh mengaku menyesal serta insaf atas perbuatannya.

Berdasarkan fakta kes, serbuan dilakukan sepasukan polis dari Cawangan D11 (Seksual/Cyber) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan bersama beberapa unit lain hasil maklumat Op Cyber Guardian. – MYNEWSHUB

Tags: Bachokbahan lucahdidendaibu tunggalmahkamahpekerja kantinTelefonWanita
Share255Tweet160SendShare

Related Posts

Mahkamah Tolak Permohonan Najib Tangguh Hukuman Penjara 15 Tahun, Denda RM11.4 Bilion Kes 1MDB

Mahkamah Tolak Permohonan Najib Tangguh Hukuman Penjara 15 Tahun, Denda RM11.4 Bilion Kes 1MDB

14/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak gagal menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4...

Nasib PN Diketahui Esok, Mahkamah Dengar Permohonan Cabar Tindakan RoS

Nasib PN Diketahui Esok, Mahkamah Dengar Permohonan Cabar Tindakan RoS

12/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Permohonan Perikatan Nasional (PN) bagi mengenepikan tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) menggantung semua kegiatan gabungan politik itu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd