• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, April 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gajah Dara, Amoi dan Kelat Masih Milik Zoo Taiping

oleh Mynewshub
20/04/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Gajah Dara, Amoi dan Kelat Masih Milik Zoo Taiping
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Tiga ekor gajah, Dara, Amoi dan Kelat yang dihantar ke Zoo Tennoji di Osaka, Jepun pada Mac lalu masih milik Zoo Taiping & Night Safari (ZTNS)

Perkara itu dimaklumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Sandrea Ng Shy Ching.

Menurut beliau, penghantaran tiga gajah tersebut ke Zoo Tennoji tanpa sebarang pemindahan hak milik atau urus niaga komersial.

Jelas beliau, pemindahan Dara, Amoi dan Kelat adalah sebahagian daripada kerjasama rasmi antara ZTNS dan Zoo Tennoji di bawah konsep ‘sister zoo’

“Kerjasama itu memberi tumpuan kepada usaha pemuliharaan, perkongsian kepakaran dan peningkatan standard penjagaan haiwan,” katanya pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak hari ini.

Sandrea Ng berkata, kerjasama tersebut merupakan amalan biasa di peringkat antarabangsa dalam konteks konservasi, penempatan dan pertukaran haiwan.

Kata beliau, ia dilaksanakan berdasarkan kesesuaian fasiliti, kepakaran dan keperluan jangka panjang sesuatu spesies.

Jelas beliau lagi, kebajikan haiwan terbabit sentiasa terpelihara melalui sistem yang jelas dan dipatuhi oleh pihak terlibat.

“Proses pemindahan tiga ekor gajah itu telah dirancang sejak 2021 dan dilaksanakan melalui pelbagai peringkat kelulusan.

“Ia termasuk kelulusan daripada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan), permit eksport dan pengesahan di bawah “Convention on International Trade in Endangered Species of Wild Fauna and Flora’ oleh Malaysia dan Jepun,” katanya.

Sandrea Ng seterusnya memaklumkan, pelaksanaan itu juga selaras dengan Pelan Tindakan Konservasi Gajah Kebangsaan (NECAP) serta tertakluk kepada Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [Akta 716].

“Pihak zoo di Osaka perlu mengemukakan laporan berkala dan keseluruhan pelaksanaan dipantau melalui mekanisme bersama.

“Perkara teknikal berkaitan pengurusan gajah, semuanya dilaksanakan berdasarkan penilaian veterinar, keperluan fisiologi haiwan serta garis panduan pemuliharaan ditetapkan,” katanya. – MYNEWSHUB

 

Tags: AmoidaragajahkelatMilikZoo Taiping
Share199Tweet125SendShare

Related Posts

Gading Gajah Kelat Dipotong Atas Faktor Kesihatan

Gading Gajah Kelat Dipotong Atas Faktor Kesihatan

13/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Isu pemotongan gading gajah Kelat di Tennoji Zoo yang tular di media sosial dibuat atas faktor kesihatan,...

Dara, Amoi Dan Kelat Berbahagia Elok Di Jepun

Dara, Amoi Dan Kelat Berbahagia Elok Di Jepun

03/04/2026
0

Oleh Mynewshub TAIPING, PERAK – Pemindahan tiga ekor gajah dari Zoo Taiping ke Jepun baru-baru ini mencetuskan perdebatan hangat dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd