• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gading Gajah Kelat Dipotong Atas Faktor Kesihatan

oleh Mynewshub
13/04/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Gading Gajah Kelat Dipotong Atas Faktor Kesihatan
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Isu pemotongan gading gajah Kelat di Tennoji Zoo yang tular di media sosial dibuat atas faktor kesihatan, bukan penganiayaan.

Menurut laporan laman media sosial Pensiangan News, pemotongan itu dilakukan atas nasihat doktor veterinar bagi memastikan kesejahteraan fizikal haiwan berkenaan.

Difahamkan, salah satu gading Kelat sebelum ini telah patah sehingga menyebabkan ketidakseimbangan pada struktur kepala, selain berisiko mengakibatkan komplikasi seperti tekanan otot dan jangkitan.

“Pemotongan gading dibuat bagi mengimbangi keadaan fizikal Kelat serta mengelakkan masalah kesihatan jangka panjang,” menurut laporan itu.

Laporan sama menjelaskan bahawa prosedur berkenaan bukan dilakukan secara rutin, sebaliknya hanya dilaksanakan sekiranya terdapat keperluan perubatan seperti gading patah, ketidakseimbangan fizikal atau risiko kecederaan.

Dalam masa sama, kata laman media sosial tersebut, isu pemindahan Kelat bersama dua lagi gajah, Dara dan Aoi ke Jepun bertujuan memperkukuh pemuliharaan spesies serta penyelidikan.

“Zoo moden seperti Tennoji Zoo juga dilengkapi kemudahan khusus termasuk kawalan suhu bagi memastikan kesesuaian habitat haiwan berkenaan,” lapor Pensiangan News.

Sementara itu, kebimbangan orang ramai terhadap kebajikan Kelat disifatkan sebagai wajar, namun pihak berautoriti dilaporkan telah menjalankan pemantauan mengikut prosedur ditetapkan.

Isu berkenaan tidak seharusnya dilihat sebagai penganiayaan, sebaliknya langkah perubatan bagi memastikan kesihatan dan kesejahteraan jangka panjang haiwan itu. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Pensiangan News

Tags: Faktor kesihatangadinggajahkelatPensiangan NewsPotong
Share202Tweet127SendShare

Related Posts

Nak Minta Tolong Bawa Pulang DAK, Tapi Setiap Hari Maki PMX – Maszlee

Nak Minta Tolong Bawa Pulang DAK, Tapi Setiap Hari Maki PMX – Maszlee

30/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Biro Hubungan Antarabangsa Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr Maszlee Malik melahirkan rasa kesal dengan sikap pihak...

Jawatankuasa Parlimen Mahu Teliti Dokumen Perjanjian Pemindahan Gajah DAK Ke Jepun

Jawatankuasa Parlimen Mahu Teliti Dokumen Perjanjian Pemindahan Gajah DAK Ke Jepun

14/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Pilihan Alam Sekitar, Sains dan Perladangan Dewan Rakyat memaklumkan pihaknya masih memerlukan beberapa maklumat tambahan yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd