• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

DPMM Dakwa Harga Barang Naik Hingga 30 Peratus, Kos Pembinaan Melonjak 40 Peratus

oleh Mynewshub
07/04/2026
dalam Utama & Sensasi
0
DPMM Dakwa Harga Barang Naik Hingga 30 Peratus, Kos Pembinaan Melonjak 40 Peratus
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) mendakwa sektor peruncitan kini berdepan kenaikan harga barangan antara 20 hingga 30 peratus.

Keadaan itu didakwa memberi tekanan langsung kepada pengguna serta menjejaskan margin keuntungan perniagaan kecil dan sederhana (PMKS)

Menurut kenyataan DPMM di media sosial, industri pembinaan pula mencatatkan peningkatan kos sehingga 40 peratus didorong oleh kenaikan harga bahan mentah serta gangguan rantaian bekalan global.

“Semalam telah berlangsung sesi meja bulat anjuran DPMM bersama Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) yang memfokuskan kepada impak krisis geopolitik Asia Barat terhadap kelangsungan PMKS di Malaysia.

“Sesi ini menghimpunkan pelbagai NGO ekonomi, pemain industri serta wakil usahawan bagi mendapat gambaran sebenar cabaran sedang dihadapi di lapangan dan dapatan yang dikongsi amat membimbangkan,” kata DPMM.

Sehubungan itu, kedua-dua organisasi bersetuju menubuhkan Pasukan Pemantau Kesan Perang dalam kalangan ahli mereka bagi memastikan tindak balas yang lebih tersusun dan responsif.

Pasukan tersebut didakwa akan memantau perkembangan semasa secara berterusan, mengumpul data serta maklum balas industri secara langsung selain mengadakan pertemuan mingguan untuk menilai impak terkini dan merangka tindakan susulan.

“Langkah ini mencerminkan komitmen proaktif dalam memastikan suara usahawan terus didengar dan setiap cabaran dapat ditangani secara tersusun dan berfokus.

“DPMM dan MTEM akan terus memainkan peranan sebagai jambatan antara industri dan pembuat dasar, demi memastikan kelangsungan serta daya tahan PMKS terus diperkukuh dalam menghadapi ketidaktentuan global,” kata DPMM. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Dewan Perniagaan Melayu Malaysia

 

Tags: Dewan Perniagaan Melayu MalaysiaDPMMHarga baranganIndustri binaanMTEMNaikPKMS
Share206Tweet129SendShare

Related Posts

Pengusaha Stesen Minyak Pikul Beban Subsidi Diesel?

Pengusaha Stesen Minyak Pikul Beban Subsidi Diesel?

04/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengusaha stesen minyak didakwa terpaksa menanggung beban terhadap skim subsidi bersasar diesel yang diperkenalkan oleh kerajaan. Presiden...

Koperal Polis Maut Dipercayai Dipukul

Rafizi Nafi Dakwaan Harga Petrol, Diesel Naik Sebelum Aidilfitri

23/03/2024
0

SHAH ALAM: Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, hari ini menafikan khabar angin harga petrol RON95 dan diesel akan naik sebelum Aidilfitri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd