• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

ADUN Teratai Buat Laporan Polis, Nafi Larang Laungan Azan

oleh Mynewshub
24/04/2026
dalam Utama & Sensasi
0
ADUN Teratai Buat Laporan Polis, Nafi Larang Laungan Azan
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ahli Dewan Negeri (ADUN) Teratai, Yew Jia Haur membuat laporan polis terhadap pihak yang menuduh beliau melarang laungan azan di surau Taman Seraya.

Beliau dalam satu kenyataan di media sosial mendakwa tidak pernah melarang laungan azan di surau berkenaan, menghalang solat Jumaat, mahupun tidak membenarkan lampu surau dinyalakan.

Katanya, beliau memang menerima aduan penduduk berhubung surau tersebut, maka mengaturkan satu sesi dialog antara penduduk dan pihak pengurusan surau esok.

“Sesi tersebut turut akan melibatkan pihak polis, JAIS dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ).

“Namun malam tadi muncul pihak tidak bertanggungjawab di media sosial menyalahgunakan gambar saya berserta tuduhan tidak berasas itu.

“Perkara ini telah mencetuskan rasa benci dan tidak puas hati dalam kalangan masyarakat Melayu terhadap saya,” katanya.

Jia Haur berkata, kira-kira 10 Ahli Jawatankuasa Surau Taman Seraya telah membuat laporan polis terhadap fitnah tersebut yang boleh menjejas keharmonian penduduk tempatan.

Beliau turut memaklumkan telah hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya bagi mengadakan pertemuan dengan Ketua Polis Daerah berhubung isu berkenaan.

“Setelah sesi pertemuan dengan KPD, saya mengambil keputusa batalkan sesi dialog yang dicadangkan berlangsung pagi esok 25/4/2026 jam 10 pagi,” katanya.

Menurutnya, terdapat 28 buah surau di dalam kawasan DUN beliau dan beliau sentiasa mengekalkan hubungan baik dengan pihak pengurusan surau terbabit.

“Saya juga telah membuat laporan polis terhadap pihak yang menyebarkan kenyataan palsu tersebut,” tegasnya. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Yew Jia Haur

Tags: ADUN Terataifitnahlaporan polisLarangan AzansurauTaman serayaYew Jia Haur
Share208Tweet130SendShare

Related Posts

Akmal Minta PH Jangan Fitnah Orang Melaka,  ‘Kami Juga Selalu Ke Johor, Bekerja Di Muar’

Akmal Minta PH Jangan Fitnah Orang Melaka, ‘Kami Juga Selalu Ke Johor, Bekerja Di Muar’

21/06/2026
0

MELAKA - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh membidas pemimpin Pakatan Harapan (PH), Adly Zahari yang mendakwa rakyat...

Zahari Dedah Surat FELDA Batal Sambutan Hari Peneroka FELDA Negeri Johor 2026

Zahari Dedah Surat FELDA Batal Sambutan Hari Peneroka FELDA Negeri Johor 2026

19/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Johor, Datuk Zahari Sarip menafikan dakwaan konon...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd