• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

TMJ Cabar Pihak Tidak Senang Dengannya Tamatkan Pengaruhnya Dalam Bola Sepak

oleh Mohd Arshad
10/03/2026
dalam Utama & Sensasi
0
TMJ Cabar Pihak Tidak Senang Dengannya Tamatkan Pengaruhnya Dalam Bola Sepak
Share on FacebookShare on Twitter

Oleh Mynewshub

KUALA LUMPUR – Pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Mahkota Ismail menyeru pihak yang tidak senang dengannya dalam industri bola sepak agar mengambil peluang menamatkan pengaruh serta kredibilitinya dalam sukan itu.

Menerusi kenyataan di media sosial, baginda bertitah, dirinya telah dilabel oleh majoriti penyokong pasukan lawan sebagai individu yang bertanggungjawab sepenuhnya terhadap isu tujuh pemain yang digantung.

Titah baginda, pihak berkenaan tidak seharusnya melepaskan peluang tersebut jika benar-benar mahu menamatkan peranannya dalam bola sepak tempatan dan juga di peringkat antarabangsa.

“Terakhir sekali. Saya ingin mengambil peluang ini untuk menyeru kepada semua pihak yang kurang senang dengan saya dalam industri bola sepak.

“Inilah masanya untuk menamatkan pengaruh dan kredibiliti saya dalam industri bola sepak tempatan mahupun di peringkat antarabangsa secara menyeluruh.

“Saya dilabel oleh majoriti penyokong pasukan lawan sebagai individu yang bertanggungjawab sepenuhnya terhadap isu tujuh pemain yang digantung. Ingin saya sampaikan kepada anda semua, jangan lepaskan peluang ini.

“Segera gerakkan ‘jentera anda’ di media sosial, media arus perdana, badan induk, saluran undang-undang dan lain-lain. Saya berharap anda dapat lakukan dengan lebih baik. Gunakan masa dan peluang ini sepenuhnya.

“Tamatkan saya sekali dan untuk selama-lamanya dalam bola sepak. Setakat bercakap atau menulis sahaja tidak akan mengubah apa-apa. Tolong bersatu dan berusaha dengan lebih kuat,” titah baginda dalam nada sinis.

Baginda turut menyertakan tanda pagar #buatlebihlagi (#domore) dalam kenyataan tersebut. – MYNEWSHUB

Tags: JDTTMJ
Share201Tweet126SendShare

Related Posts

JDT ‘Belasah’ Chelsea Dalam Open Play, Penalti Jadi Penyelamat The Blues

JDT ‘Belasah’ Chelsea Dalam Open Play, Penalti Jadi Penyelamat The Blues

10/08/2026
0

ISKANDAR PUTERI – Johor Darul Ta’zim (JDT) mengikat kelab gergasi Liga Perdana Inggeris, Chelsea FC dengan keputusan 3-3 di Stadium...

JDT ‘Magnificent’, Dapat Pujian Wartawan Sukan Antarabangsa Selepas Ikat Chelsea 3-3

JDT ‘Magnificent’, Dapat Pujian Wartawan Sukan Antarabangsa Selepas Ikat Chelsea 3-3

10/08/2026
0

ISKANDAR PUTERI – Nama Johor Darul Ta’zim (JDT) terus bergema di pentas bola sepak antarabangsa apabila kejayaan mengikat kelab gergasi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd