• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, September 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiket JDT Vs Sanfrecce Hiroshima Laku Keras

oleh Mohd Arshad
dalam Utama & Sensasi
0
Tiket JDT Vs Sanfrecce Hiroshima Laku Keras
Share on FacebookShare on Twitter

Oleh Mynewshub

JOHOR BAHRU – Bahang pertembungan Pusingan 16 Liga Juara-Juara AFC Elit 2025-26 semakin dirasai apabila tiket perlawanan membabitkan Johor Darul Ta’zim (JDT) menentang kelab Jepun, Sanfrecce Hiroshima pada 4 Mac ini laku keras.

 

Aksi yang dijadual berlangsung pada pukul 8.15 malam itu menyaksikan tiket di bahagian bawah Stadium Sultan Ibrahim telah habis dijual, manakala hanya tiket di bahagian atas sahaja yang masih berbaki untuk peminat setia Harimau Selatan.

 

Suasana penuh gegak gempita dijangka sekali lagi mewarnai stadium berkenaan apabila ribuan penyokong bakal membanjiri venue bagi memberi sokongan padu kepada skuad kendalian JDT dalam usaha melangkah ke suku akhir kejohanan berprestij Asia tersebut.

 

Dalam masa sama, pihak kelab turut mengambil inisiatif menyediakan juadah berbuka puasa kepada semua pemegang tiket.

 

Langkah itu bagi memastikan para penyokong yang menunaikan ibadah puasa dapat berbuka dengan selesa sebelum menyaksikan perlawanan penting berkenaan.

 

Tiket bahagian atas juga dilaporkan sedang dijual dengan pantas dan penyokong disarankan mendapatkan tiket segera bagi mengelakkan kekecewaan. – MYNEWSHUB

Tags: JDTTunku Ismail
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

JDT Lancar JDT+, Dokumentari ‘Untamed’ Bakal Bersiaran 22 Oktober

JDT Lancar JDT+, Dokumentari ‘Untamed’ Bakal Bersiaran 22 Oktober

22/09/2026
0

JOHOR BAHRU - Kelab Bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) melancarkan JDT+, sebuah platform kandungan premium khusus untuk membawa penyokong...

JDT Terus Dominan, Kemenangan Besar Demi Kemenangan

JDT Terus Dominan, Kemenangan Besar Demi Kemenangan

21/09/2026
0

JOHOR Darul Ta’zim (JDT) bukan sekadar menang sejak sepak mula Liga Malaysia musim 2026/2027, malah sebahagian besar kemenangan dicatat dengan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd