• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, September 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Relik Suci Master Hsing Yun Tiba Di Malaysia – Anthony Loke

oleh AK-47
dalam Utama & Sensasi
0
Relik Suci Master Hsing Yun Tiba Di Malaysia – Anthony Loke
Share on FacebookShare on Twitter

Oleh Mynewshub

SEPANG – Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook menyifatkan kehadirannya di Terminal Subang Skypark semalam sebagai satu penghormatan besar kerana dapat menyambut sendiri relik suci mendiang Master Hsing Yun.

Menurut beliau, tokoh tersebut merupakan pengasas Fo Guang Shan dan seorang figura yang amat dihormati dalam aliran Buddhisme Humanistik moden.

“Ajaran Master Hsing Yun telah menyentuh jutaan manusia di seluruh dunia. Seruan beliau terhadap Tiga Amalan Kebaikan (melakukan perbuatan baik, bertutur kata yang baik dan berfikiran baik) memberikan panduan yang ringkas namun mendalam untuk menjalani kehidupan dengan penuh kasih sayang dan tujuan,” katanya dalam satu kenyataan di media sosial.

Tambah beliau, sepanjang hayatnya, Master Hsing Yun komited dalam mempromosikan pendidikan, khidmat masyarakat serta keharmonian antara komuniti yang terus menjadi inspirasi kepada ramai termasuk dirinya.

Dalam pada itu, Anthony Loke berkata, ketibaan relik suci tersebut amat bermakna khususnya kepada komuniti Buddha di Malaysia, selain mencerminkan komitmen berterusan negara terhadap sikap saling menghormati serta keharmonian budaya.

Beliau turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat, khususnya kakitangan di Terminal Subang Skypark yang terus berkhidmat sepanjang musim perayaan ini bagi memastikan acara penting tersebut berjalan lancar dengan tahap keselamatan dan sekuriti tertinggi.

“Semoga detik ini mengingatkan kita semua untuk terus memupuk kefahaman, belas ihsan dan perpaduan dalam negara kita yang berbilang kaum,” ujarnya. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Anthony Loke Siew Fook

Tags: Anthony Loke
Share204Tweet127SendShare

Related Posts

PMX Anwar Masih Tunggu Surat Anthony Loke, Zaid Ibrahim: “Hentikan Drama Ini”

PMX Anwar Masih Tunggu Surat Anthony Loke, Zaid Ibrahim: “Hentikan Drama Ini”

26/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang), Datuk Mohd Zaid Ibrahim menyindir perkembangan berhubung peletakan jawatan Menteri...

Projek Pengangkutan RM21 Bilion Untuk Pulau Pinang, Anthony Loke Perlu Jelaskan Agihan 13 Negeri Lain

Projek Pengangkutan RM21 Bilion Untuk Pulau Pinang, Anthony Loke Perlu Jelaskan Agihan 13 Negeri Lain

23/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan digesa mendedahkan jumlah keseluruhan projek pengangkutan yang diluluskan kepada 13 negeri lain susulan dakwaan Pulau Pinang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd