• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Mereka Tidak Mahu Najib Razak Disekat Dengan Had Tempoh PM 10 Tahun’

oleh Mohd Arshad
03/03/2026
dalam Utama & Sensasi
0
‘Mereka Tidak Mahu Najib Razak Disekat Dengan Had Tempoh PM 10 Tahun’
Share on FacebookShare on Twitter

Oleh Mynewshub

KUALA LUMPUR – Seorang bekas pemimpin DAP mendakwa usul bagi mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri di Parlimen semalam sengaja digagalkan kerana Datuk Seri Najib Tun Razak.

Bekas Ahli Parlimen Tanjong, Ng Wei Aik yang membuat dakwaan tersebut membayangkan mereka yang menggagalkan usul pindaan Perlembagaan tersebut berharap Najib akan kembali menjadi Perdana Menteri.

“Rupa-rupanya ada Ahli Parlimen UMNO yang tak hadir, dan mereka mahukan Najib Razak tidak disekat dengan had tempoh 10 tahun ini,” dakwanya dalam satu hantaran di media sosial.

Semalam Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook meminta orang ramai mengecam Ahli Parlimen yang tidak hadir atau tidak menyokong usul pindaan Perlembagaan bagi mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada 10 tahun di Parlimen.

Beliau yang juga Setiausaha Agong DAP dipetik berkata, masyarakat sivil dan pengundi yang ingin melihat reformasi institusi dalam negara perlu mempersoalkan Ahli Parlimen terlibat termasuk pembangkang.

“Saya berasa amat dukacita dengan keputusan undian Pindaan Perlembagaan Persekutuan untuk menghadkan tempoh Perdana Menteri kepada 10 tahun di Parlimen.

“Untuk pindaan ini diluluskan, ia memerlukan sokongan dua pertiga atau 148 Ahli Parlimen hadir secara fizikal. Yang menyokong 146 iaitu kurang dua undi untuk mencapai dua pertiga,” katanya. – MYNEWSHUB

Tags: 'Henti Aniaya Najib'najib
Share202Tweet126SendShare

Related Posts

Pemimpin Bersama Kesal Tindakan Kerajaan Perpaduan, Zaman Najib Pembangkang Boleh Guna Dewan Sekolah Cina

Pemimpin Bersama Kesal Tindakan Kerajaan Perpaduan, Zaman Najib Pembangkang Boleh Guna Dewan Sekolah Cina

22/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Jawatankuasa Pusat Bersama, Gue Teck mengecam Kerajaan Perpaduan pimpinan Pakatan Harapan (PH) kerana didakwa menyekat penggunaan...

Apakah Najib Bebas Penjara Minggu Depan?

Apakah Najib Bebas Penjara Minggu Depan?

22/05/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR — Dakwaan bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak bakal dibebaskan dari penjara minggu depan atau bulan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd