• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, November 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mengapa Diesel Malaysia Melonjak 82%? Thailand Hanya 2.8%, Indonesia Kekal – Kohilan Pillay

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
Mengapa Diesel Malaysia Melonjak 82%? Thailand Hanya 2.8%, Indonesia Kekal – Kohilan Pillay
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bekas Naib Presiden MIC, Kohilan Pillay menyuarakan kebimbangan terhadap kenaikan mendadak harga diesel di Malaysia yang didakwa jauh lebih tinggi berbanding negara jiran seperti Thailand dan Indonesia.

Menurut beliau, harga diesel di Malaysia kini mencecah RM5.52 seliter dan dalam tempoh hanya tiga minggu, ia meningkat sebanyak RM2.40 iaitu kenaikan 82 perarus dalam masa singkat.

“Jika kita lihat Thailand, kenaikan hanya daripada RM3.58 kepada RM3.68, iaitu sekitar 2.8 peratus. Di Indonesia pula, subsidi masih kekal dengan harga untuk individu RM1.85 dan sektor komersial RM3.85, jauh lebih rendah berbanding Malaysia,” katanya dalam satu hantaran di media sosial.

Tambah beliau, dalam masa sama harga sayur-sayuran pula didakwa akan meningkat sehingga 50 peratus, manakala kos restoran boleh naik sekitar 30 peratus.

Beliau mempersoalkan sama ada kerajaan memahami tekanan yang sedang dihadapi pemain industri seperti pengeluar makanan, petani, pengusaha restoran, operator feri, kontraktor pembinaan dan pengendali bas pelancongan di Semenanjung Malaysia yang kini berdepan tekanan hebat.

“Peliknya, mengapa Kerajaan Madani masih belum mengambil langkah yang benar-benar menangani ancaman ini? PMX hanya menjadi jurucakap dan seolah-olah beranggapan bantuan Sara RM100 mampu menyelesaikan masalah rakyat.

“Setakat ini tiada langkah sebenar selain menubuhkan jawatankuasa kos sara hidup,” katanya lagi.

Beliau turut membangkitkan tiga langkah diumumkan kerajaan iaitu pengurangan kuota Budi95 kepada 200 liter sebulan, mengehadkan jumlah diesel setiap pembelian di Sabah dan Sarawak serta penjawat awam bekerja dari rumah.

“Pada pandangan saya, tiada satu pun daripada langkah ini benar-benar menyelesaikan masalah utama yang disebutkan. Tiada satu pun menangani punca sebenar tekanan kos terhadap sektor-sektor tersebut.

“Mungkin kerajaan Madani tidak memahami denyut nadi dan masalah rakyat. Mereka sepatutnya memanggil sidang Parlimen tergempar untuk membincangkan isu kos sara hidup,” katanya. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial A Kohilan Pillay

Tags: harga dieselIndonesiakenaikanKohilan PillayMalaysiaThailand
Share222Tweet139SendShare

Related Posts

Taiwan Tangguh Rundingan Pelaburan Dengan Malaysia Susulan Kenyataan PMX Anwar

Taiwan Tangguh Rundingan Pelaburan Dengan Malaysia Susulan Kenyataan PMX Anwar

11/11/2026
0

TAIPEI - Taiwan mengesahkan pihaknya menangguhkan rundingan pelaburan dua hala dengan Malaysia susulan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim...

Malaysia Komited Menjayakan Proses Damai Selatan Thailand – Khaled Nordin

Malaysia Komited Menjayakan Proses Damai Selatan Thailand – Khaled Nordin

04/11/2026
0

KUALA LUMPUR - Malaysia kekal komited dalam menjayakan Proses Dialog Damai Selatan Thailand bagi memastikan kestabilan dan keselamatan serantau, khususnya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd