• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Tidak Mampu Kawal Krisis Global – Tengku Zafrul

oleh AK-47
24/03/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Malaysia Tidak Mampu Kawal Krisis Global – Tengku Zafrul
Share on FacebookShare on Twitter

Oleh Mynewshub

 

KUALA LUMPUR – Malaysia tidak mampu mengawal aturan peristiwa global yang semakin tidak menentu, namun negara masih mempunyai keupayaan untuk menentukan respons yang tepat bagi melindungi kepentingan rakyat dan ekonomi.

 

Penasihat Kanan Politik kepada Perdana Menteri, Tengku Zafrul Abdul Aziz berkata, krisis global yang berpanjangan sememangnya membawa kesan besar termasuk penderitaan manusia, tekanan ekonomi serta ketidaktentuan pasaran dunia.

 

Menurut beliau, situasi itu berpotensi meningkatkan kos sara hidup, mendorong inflasi, malah boleh mengakibatkan tekanan stagflasi serta menjejaskan pertumbuhan ekonomi global.

 

“Rakyat Malaysia bakal merasainya melalui kenaikan harga bahan api dan kos sara hidup. Ini satu realiti yang perlu diakui dengan jujur dan empati,” katanya dalam satu hantaran di media sosial hari ini.

 

Dalam masa sama, beliau menegaskan bahawa walaupun Malaysia tidak dapat mengawal krisis global, negara masih boleh menentukan pendekatan terbaik dalam menghadapi cabaran tersebut.

 

Jelasnya, ketika pelabur global sedang menilai semula risiko, Malaysia perlu tampil sebagai destinasi pelaburan yang diyakini dan dipercayai.

 

“Di saat aliran modal sedang mencari destinasi baharu, Malaysia mesti menawarkan projek yang kukuh, mesra pelabur dan sedia dilaksanakan segera.

 

“Jika dunia semakin berpecah, Malaysia perlu menonjol sebagai negara yang menawarkan kestabilan, kesalinghubungan dan kredibiliti,” ujarnya.

 

Beliau turut menekankan keperluan kepada disiplin dan fokus dalam memperkukuh daya tarikan negara, termasuk memastikan proses kelulusan yang cekap, memudahcara pelabur secara terselaras serta memberi keutamaan kepada sektor strategik.

 

Tambahnya, usaha mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan selamat perlu digandakan bagi menarik modal global.

 

Dalam pada itu, Tengku Zafrul berkata, manfaat pelaburan juga mesti dinikmati secara menyeluruh oleh rakyat melalui penciptaan pekerjaan, pembangunan infrastruktur serta pengukuhan ketahanan ekonomi.

 

“Semua ini perlu disokong dengan reformasi ekonomi dan fiskal yang berdisiplin,” katanya.

 

Beliau menegaskan bahawa peluang Malaysia bukan terletak pada krisis semata-mata, sebaliknya bergantung kepada keupayaan negara bertindak balas terhadap perubahan dunia.

 

“Ini adalah inti pati ketatanegaraan ekonomi, bukan sekadar menahan kejutan luar, tetapi mengemudinya dengan kejelasan, tujuan dan tekad,” katanya lagi.

 

Dalam masa sama, beliau turut menyeru agar usaha berterusan dilakukan bagi membina asas keamanan dan kestabilan, khususnya di Asia Barat serta di peringkat global. – MYNEWSHUB

 

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Tengku Zafrul

Tags: tengku zafrul
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Rakyat Akan Dapat Rasai Hasil Pelaburan Diluluskan RM92.8 Bilion – Tengku Zafrul

Rakyat Akan Dapat Rasai Hasil Pelaburan Diluluskan RM92.8 Bilion – Tengku Zafrul

11/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Pelaburan diluluskan berjumlah RM92.8 bilion pada suku pertama tahun 2026 melibatkan 1,249 projek merentasi sektor perkhidmatan, perkilangan...

PM Anwar Pesan Pastikan Parlimen Pandan Kekal Milik PKR – Tengku Zafrul

PM Anwar Pesan Pastikan Parlimen Pandan Kekal Milik PKR – Tengku Zafrul

19/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta jentera parti itu memastikan kerusi Parlimen Pandan kekal milik Parti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd