• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rakyat Akan Dapat Rasai Hasil Pelaburan Diluluskan RM92.8 Bilion – Tengku Zafrul

oleh Mynewshub
11/06/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Rakyat Akan Dapat Rasai Hasil Pelaburan Diluluskan RM92.8 Bilion – Tengku Zafrul
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pelaburan diluluskan berjumlah RM92.8 bilion pada suku pertama tahun 2026 melibatkan 1,249 projek merentasi sektor perkhidmatan, perkilangan dan sektor utama akan dapat dirasai oleh rakyat Malaysia.

Penasihat Politik Kanan kepada Perdana Menteri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, pelaburan tersebut dijangka mewujudkan sebanyak 50,226 peluang pekerjaan baharu kepada rakyat.

“Saya tahu bila orang dengar angka besar macam ini, soalan pertama biasanya bukan berapa bilion? Soalan sebenar rakyat dapat apa?

“Pelaburan yang berkualiti mesti diterjemahkan kepada projek pekerjaan peluang untuk syarikat tempatan dan ekonomi yang lebih kukuh untuk rakyat.

“Ukuran sebenar ialah berapa banyak projek yang berjalan, berapa banyak pekerjaan diwujudkan dan berapa banyak peluang ekonomi dapat dirasai oleh rakyat Malaysia,” katanya menerusi satu rakaman video.

Tengku Zafrul turut memaklumkan bahawa pelaburan domestik meningkat 13 peratus kepada RM36.6 bilion dalam tempoh sama, menunjukkan keyakinan syarikat tempatan terhadap ekonomi negara terus kukuh.

Beliau yang juga Pengerusi Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) berkata, peningkatan itu membuktikan pertumbuhan ekonomi bukan sahaja dipacu oleh pelabur asing, malah disokong oleh syarikat-syarikat Malaysia yang terus melabur dan mengembangkan operasi mereka.

Antara sektor yang terus menarik minat pelabur ialah semikonduktor, peranti perubatan, farmaseutikal dan tenaga boleh baharu.

Menurut beliau, sektor semikonduktor memainkan peranan penting dalam pembangunan teknologi moden termasuk kecerdasan buatan (AI), kenderaan elektrik serta pelbagai peralatan elektronik.

“Peranti perubatan dan farmaseutikal pula penting untuk membina keupayaan industri kesihatan yang lebih kukuh, manakala tenaga boleh baharu semakin menjadi faktor utama dalam menarik syarikat global yang mencari sumber tenaga lebih bersih dan stabil,” katanya.

Beliau berkata, persaingan untuk menarik pelaburan dalam sektor-sektor strategik tersebut semakin sengit kerana banyak negara turut menawarkan insentif bagi menarik pelabur yang sama.

Namun, katanya, kejayaan Malaysia terus menerima pelaburan dalam bidang berkenaan membuktikan negara masih relevan dan berdaya saing dalam rantaian bekalan global.

Dalam masa sama, beliau menegaskan bahawa kelulusan pelaburan hanyalah langkah pertama dan cabaran sebenar adalah memastikan projek-projek yang diluluskan dapat direalisasikan serta memberi impak langsung kepada rakyat dan ekonomi negara. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Tengku Zafrul

Tags: EkonomiPelaburan diluluskanpeluang pekerjaanRakyat Dapat ApaRM92.8 biliontengku zafrul
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar Pesan Pastikan Parlimen Pandan Kekal Milik PKR – Tengku Zafrul

PM Anwar Pesan Pastikan Parlimen Pandan Kekal Milik PKR – Tengku Zafrul

19/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta jentera parti itu memastikan kerusi Parlimen Pandan kekal milik Parti...

Selangor, Pulau Pinang Membangun Kerana Pentadbiran Negeri Melibatkan DAP – Teh Swee Leong

Selangor, Pulau Pinang Membangun Kerana Pentadbiran Negeri Melibatkan DAP – Teh Swee Leong

09/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Seorang pemimpin DAP mendakwa negeri yang mempunyai penglibatan parti itu dalam pentadbiran kerajaannya menunjukkan pembangunan ekonomi yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd