• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Keadaan Tidak Menentu, Peningkatan Kos Boleh Pengaruhi Harga Makanan – Mat Sabu

oleh AK-47
24/03/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Keadaan Tidak Menentu, Peningkatan Kos Boleh Pengaruhi Harga Makanan – Mat Sabu
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – “Landskap global ketika ini masih tidak menentu,” kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), Datuk Seri Mohamad Sabu.

Menurut beliau, konflik geopolitik di Asia Barat berpotensi memberi kesan kepada rantaian bekalan global khususnya melalui peningkatan harga minyak dan kos logistik yang akhirnya boleh mempengaruhi harga makanan.

Dalam masa yang sama, katanya, negara turut berdepan cabaran cuaca panas dan perubahan iklim yang boleh menjejaskan produktiviti sektor pertanian serta pengeluaran makanan domestik.

Sehubungan itu, kata beliau, KPKM bersama agensi berkaitan sedang memperkukuh langkah kesiapsiagaan bagi memastikan keterjaminan makanan negara terus terpelihara.

Beliau turut menyeru semua pihak, termasuk pemain industri, petani, penternak serta pengguna terus memainkan peranan masing-masing dalam memperkukuh sistem makanan negara agar kekal berdaya tahan dan mampan.

“Tumpuan akan diberikan kepada pengurusan bekalan yang lebih cekap, pengukuhan rantaian agromakanan, serta pelaksanaan langkah mitigasi bagi meminimumkan kesan faktor luaran terhadap pasaran dalam negara

“InsyaAllah, dengan kesiapsiagaan dan kerjasama semua pihak, kita akan terus dapat melindungi keterjaminan makanan negara demi kesejahteraan rakyat,” katanya dalam satu kenyataan di media sosial.

Terdahulu, beliau melahirkan rasa syukur kerana bekalan makanan terus stabil dan mencukupi serta mampu diakses pada harga yang kompetitif semasa sambutan Aidilfitri tahun ini. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Mohamad Sabu

Tags: Asia BaratDatuk Seri Mohamad Sabuharga makananKonflikKPKMMenteri Pertanian dan Keterjaminan MakananPeningkatan kosTimur Tengah
Share201Tweet126SendShare

Related Posts

“Biarkan Parti Lawan Parti, Bukan Berlawan Dengan Orang Yang Tak Boleh Kita Berlawan”

“Biarkan Parti Lawan Parti, Bukan Berlawan Dengan Orang Yang Tak Boleh Kita Berlawan”

22/06/2026
0

MUAR - Pakatan Harapan (PH) memberi amaran supaya hanya parti politik mengambil bahagian dalam pilihan raya, manakala pihak yang tidak...

Kita Nak Berkawan, Tetapi Mereka Memilih Berlawan – Mohamad Sabu

Kita Nak Berkawan, Tetapi Mereka Memilih Berlawan – Mohamad Sabu

25/05/2026
0

KUALA LUMPUR - "Kita nak berkawan, tetapi kalau mereka memilih untuk berlawan, kita akan bertanding habis-habisan" Demikian kenyataan Presiden Parti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd