• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kadar Cukai Tanah Pulau Pinang Naik Sehingga 3,000 Kali Ganda – Guan Eng 

oleh AK-47
21/03/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Kadar Cukai Tanah Pulau Pinang Naik Sehingga 3,000 Kali Ganda – Guan Eng 
Share on FacebookShare on Twitter

Oleh Mynewshub

KUALA LUMPUR – Pengerusi DAP, Lim Guan Eng mendakwa pihaknya menerima aduan kira-kira 800 pemilik tanah di Pulau Pinang yang kini berdepan dengan kenaikan kadar cukai termasuk kenaikan sehingga 3,000 kali ganda.

Beliau mendakwa, aduan itu diterima oleh pejabat Parlimen beliau di Bagan serta pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) beliau di Air Putih.

“Saya memberi jaminan kepada semua pemilik tanah terjejas bahawa pejabat saya akan terus dibuka dan sedia membantu mereka membuat rayuan terhadap kenaikan cukai tanah termasuk membantu mengisi borang rayuan.

“Sehingga kini, kedua-dua pejabat saya telah membantu sehingga 800 pemilik tanah,” dakwanya dalam satu hantaran di media sosial hari ini.

Pertikaman lidah antara Guan Eng dan Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berhubung kenaikan cukai tanah di Pulau Pinang semakin tegang sejak beberapa minggu lalu.

Guan Eng mendakwa rakyat Pulau Pinang tidak akan menyokong Kon Yeow sekiranya tahu cukai tanah di negeri itu akan dinaikkan, namun Kon Yeow menolak dakwaan beliau tidak peka terhadap isu rakyat.

Terdahulu, Guan Eng mengucapkan terima kasih kepada Setiausaha Agung DAP, Loke Siew Fook mahu mengadakan satu pertemuan untuk beliau dan Ketua Menteri Pulau Pinang.

Kata beliau, ia bagi mencari penyelesaian yang memuaskan berhubung kenaikan kadar cukai tanah di Pulau Pinang pada tahun ini yang menjadi pertikaian hangat, dengan sebahagiannya meningkat lebih daripada 3,000 kali ganda.

Dakwanya, sejak cadangan kenaikan cukai tanah itu dibangkitkan tahun lalu, beliau telah menggunakan semua saluran dalaman bersama kerajaan negeri dan Ketua Menteri Pulau Pinang sebelum menyuarakan ketidaksetujuan secara terbuka.

“Sehingga pertemuan antara kami bertiga diadakan, saya tidak akan membuat sebarang kenyataan awam atau mengadakan sidang media berhubung isu kenaikan mendadak cukai tanah ini termasuk bagi pihak pemilik tanah yang terjejas akibat kenaikan yang melampau,” katanya. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Lim Guan Eng

Tags: cukai pintuGuan Eng
Share218Tweet136SendShare

Related Posts

Pengerusi DAP Bersila, Berkongsi Hidangan Berbuka Puasa Di Masjid 

Pengerusi DAP Bersila, Berkongsi Hidangan Berbuka Puasa Di Masjid 

18/03/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR - Pengerusi DAP, Lim Guan Eng memaklumkan beliau menghadiri majlis berbuka puasa bersama jemaah dan ahli...

Kerajaan Harus Bantu Syarikat Malaysia Tuntut Balik Bayaran Tarif AS – Lim Guan Eng 

Kerajaan Harus Bantu Syarikat Malaysia Tuntut Balik Bayaran Tarif AS – Lim Guan Eng 

17/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Syarikat Malaysia yang dipaksa membayar tarif kepada Amerika Syarikat (AS) sejak tahun lalu berhak menuntut...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd