• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, October 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Guan Eng Gesa Anwar Hentikan Penggunaan TuJu, Cari Alternatif Waze

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
Guan Eng Gesa Anwar Hentikan Penggunaan TuJu, Cari Alternatif Waze
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Penasihat DAP, Lim Guan Eng menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghentikan penggunaan aplikasi navigasi TuJu yang didakwanya gagal serta mencari alternatif sementara yang lebih dipercayai bagi membantu 1.7 juta penjawat awam.

Beliau berkata, kerajaan juga perlu mengadakan tender terbuka bagi memberi peluang kepada anak muda Malaysia membangunkan aplikasi navigasi jalan raya baharu yang lebih berkesan.

Menurut Guan Eng, beliau menerima aduan daripada sebahagian penjawat awam yang keliru mengenai aplikasi navigasi yang perlu digunakan selepas kerajaan melarang penggunaan Waze atas faktor keselamatan negara.

“Saya telah menerima aduan daripada sebahagian daripada 1.7 juta penjawat awam yang benar-benar keliru tentang aplikasi navigasi jalan raya yang perlu digunakan serta hala tuju seterusnya,” katanya menerusi hantaran media sosial semalam.

Beliau turut menyifatkan kegagalan TuJu yang dibangunkan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) bersama syarikat pembangun aplikasi sebagai sesuatu yang memalukan negara.

Guan Eng berkata, kekeliruan bertambah apabila Pengerusi LLM, Datuk Seri Hasni Mohammad mengakui TuJu pada asalnya dibangunkan untuk meningkatkan perkhidmatan di lebuh raya bertol dan bukannya bersaing secara langsung dengan Waze.

Menurutnya, aplikasi itu hanya menyediakan maklumat trafik, kawasan rehat, lokasi kamera penguatkuasaan dan bantuan kecemasan kepada pengguna lebuh raya.

Beliau turut membangkitkan kenyataan Hasni bahawa TuJu mungkin memerlukan tempoh 10 hingga 15 tahun lagi sebelum dapat diperluaskan ke jalan persekutuan, perbandaran dan kampung.

“Jelas sekali, Perdana Menteri telah diberikan gambaran yang amat mengelirukan sehingga mempercayai bahawa TuJu mampu menandingi atau menjadi pengganti Waze yang memadai,” katanya. – MYNEWSHUB

Tags: anwarCari AlternatifgesaGuan EngHentikanPenggunaan TuJuwaze
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PMX Anwar Puji Fadhlina Berjaya Selesaikan Projek Sekolah Sukan Perlis Terbengkalai

PMX Anwar Puji Fadhlina Berjaya Selesaikan Projek Sekolah Sukan Perlis Terbengkalai

30/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memuji Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek susulan kejayaan menyelesaikan isu...

Semakin Banyak Negara Gesa Rakyat Simpan Makanan, Air Minuman Hadapi Kecemasan

Semakin Banyak Negara Gesa Rakyat Simpan Makanan, Air Minuman Hadapi Kecemasan

30/10/2026
0

KUALA LUMPUR – Semakin banyak negara termasuk Britain, Jepun, Jerman, Sweden dan Norway menggesa rakyat masing-masing menyimpan bekalan makanan, air...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd