• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Jual Jam, Porsche, Rumah…” Zamsaham Akui Jatuh Dalam Dunia Perniagaan

oleh AK-47
25/03/2026
dalam Utama & Sensasi
0
“Jual Jam, Porsche, Rumah…” Zamsaham Akui Jatuh Dalam Dunia Perniagaan
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ahli perniagaan Norizam Tukiman atau lebih dikenali sebagai Zamsaham meluahkan perasaan mengenai kejatuhan perniagaannya yang turut memberi kesan besar terhadap kehidupannya ketika ini.

Menerusi satu perkongsian di media sosial, beliau mengakui sudah melalui fasa sukar apabila terpaksa menjual pelbagai aset berharga termasuk jam tangan, tanah, tiga buah rumah apartmen, rumah banglo, kereta mewah jenis Porsche serta hotel miliknya, Zamsaham Hotel yang dibina sejak tahun 2014.

Menurutnya, kejatuhan itu bukan sahaja melibatkan kerugian besar dalam perniagaan, malah turut menyaksikan beliau berdepan turun naik mahkamah bagi menguruskan kes berkaitan saman cukai SST.

“Business jatuh, saya juga jatuh,” katanya menerusi satu hantaran di media sosial.

Beliau yang kini menetap di Batu Pahat, Johor berkata, situasi tersebut bukanlah kali pertama berlaku, sebaliknya sudah tiga kali beliau melalui kejatuhan dalam hidup dan kini perlu bermula semula dari ‘ground zero’

Walaupun berdepan ujian berat, Norizam tetap optimis dan percaya setiap dugaan yang diberikan adalah mengikut kemampuan dirinya.

“Aku menerima ujian yang ada sebab Allah bagi ujian ini mengikut kemampuanku. Semoga Allah mudahkan aku melaluinya,” ujarnya.

Dalam masa sama, beliau turut mengingatkan bahawa setiap perkara buruk yang berlaku mungkin mempunyai hikmah yang lebih baik di masa hadapan walaupun tidak diketahui ketika ini.

Luahan itu turut disertakan dengan ucapan terima kasih kepada individu yang hadir beraya di kediamannya baru-baru ini, selain menzahirkan rasa syukur dan tawakal kepada Allah.

“Nak cerita jatuh bisnes semua biarlah saya simpan dulu. Ada orang doa dan suka kita naik. Ada juga yang nak kita jatuh. Insya-Allah ada rezeki Allah kasi bangkit semula.

“Kadangkala yang buruk itu ada hikmah yang baik di depan yang saya dan awak tak tahu lagi apa yang sebenarnya Tuhan Yang Maha Kaya ,Tuhan yang Maha Bijaksana nak bagi,” katanya. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Zamsaham Norizam

Tags: jual asetKejatuhanluahanmedia sosialNorizam TukimanPerniagaanZamsaham
Share268Tweet168SendShare

Related Posts

Khairuddin Sindir Akmal Hanya Mampu ‘Menyalak’ Dalam Media Sosial

Khairuddin Sindir Akmal Hanya Mampu ‘Menyalak’ Dalam Media Sosial

01/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Jawatankuasa Lajnah Penerangan Pas Melaka, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan menyindir Ketua Pemuda UMNO kerana didakwa...

PDRM Tidak Campur Urusan Adat Negeri Sembilan, Pantau Provokasi Dan Hasutan di Media Sosial

PDRM Tidak Campur Urusan Adat Negeri Sembilan, Pantau Provokasi Dan Hasutan di Media Sosial

20/04/2026
0

SEREMBAN - Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak akan mencampuri sebarang urusan berkaitan agama dan adat resam serta peruntukan-peruntukan yang termaktub...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd