• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, September 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

JDT Teguh Bersama Tiga Pemain Digantung, “Never Leave A Soldier Behind” 

oleh Mohd Arshad
dalam Utama & Sensasi
0
JDT Teguh Bersama Tiga Pemain Digantung, “Never Leave A Soldier Behind” 
Share on FacebookShare on Twitter

Oleh Mynewshub

ISKANDAR PUTERI — Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) menegaskan komitmen untuk terus berdiri teguh bersama tiga pemainnya, Joao Figueiredo, Hector Hevel dan Jon Irazabal sepanjang tempoh baki penggantungan yang dikenakan ke atas mereka.

Ketua Pegawai Eksekutif JDT, Luis Garcia berkata kelab memahami situasi yang dihadapi ketiga-tiga pemain tersebut dan akan terus memberikan sokongan penuh kepada mereka.

Beliau berkata pendirian itu selari dengan prinsip yang sentiasa ditekankan oleh pemilik kelab, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang sering mengingatkan bahawa pasukan tidak meninggalkan anggotanya ketika berdepan cabaran.

“Never leave a soldier behind (Jangan sesekali meninggalkan seorang pun anggota di belakang),” katanya merujuk kepada prinsip yang menjadi pegangan kelab itu.

Menurutnya, ketiga-tiga pemain berkenaan akan terus menjalani latihan bersama skuad utama dan kekal terlibat dalam aktiviti pasukan setakat yang dibenarkan oleh Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS)

Sebelum ini, keputusan CAS berkaitan kes membabitkan status pemain warisan memberi kesan kepada beberapa pemain termasuk tiga tonggak JDT tersebut.

Garcia menegaskan kelab akan terus memastikan kebajikan serta perkembangan profesional pemain terbabit terpelihara sepanjang tempoh penggantungan itu. – MYNEWSHUB

Tags: JDT
Share201Tweet126SendShare

Related Posts

JDT Lancar JDT+, Dokumentari ‘Untamed’ Bakal Bersiaran 22 Oktober

JDT Lancar JDT+, Dokumentari ‘Untamed’ Bakal Bersiaran 22 Oktober

22/09/2026
0

JOHOR BAHRU - Kelab Bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) melancarkan JDT+, sebuah platform kandungan premium khusus untuk membawa penyokong...

JDT Terus Dominan, Kemenangan Besar Demi Kemenangan

JDT Terus Dominan, Kemenangan Besar Demi Kemenangan

21/09/2026
0

JOHOR Darul Ta’zim (JDT) bukan sekadar menang sejak sepak mula Liga Malaysia musim 2026/2027, malah sebahagian besar kemenangan dicatat dengan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd