• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 9, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

JDT Mengaum Di Stadium Sultan Ibrahim, Tewaskan Gergasi Jepun Sanfrecce Hiroshima 3-1

oleh Mohd Arshad
04/03/2026
dalam Utama & Sensasi
0
JDT Mengaum Di Stadium Sultan Ibrahim, Tewaskan Gergasi Jepun Sanfrecce Hiroshima 3-1
Share on FacebookShare on Twitter

Oleh Mynewshub

ISKANDAR PUTERI – Juara Liga Super, Johor Darul Ta’zim F.C. (JDT) mengaum garang di laman sendiri apabila mencipta kejutan menewaskan kelab gergasi Jepun, Sanfrecce Hiroshima 3-1 pada aksi Pusingan 16 AFC Champions League Elite 2025–26 di Stadium Sultan Ibrahim, malam tadi.

Kemenangan bergaya itu menyaksikan Harimau Selatan membawa bekalan selesa menjelang aksi timbal balik di Edion Peace Wing Hiroshima, Jepun yang dijadual berlangsung pada 11 Mac ini, bermula pukul 7 malam waktu tempatan.

Selepas aksi separuh masa pertama berakhir tanpa jaringan, JDT bangkit mempamerkan permainan lebih agresif sebaik bersambung babak kedua sekali gus berjaya memecah benteng pertahanan lawan.

Ager Aketxe terlebih dahulu memecah kebuntuan pada minit ke-52 sebelum Bergson menggandakan kelebihan pada minit ke-63 hasil gerakan pantas jentera serangan tuan rumah.

Tidak cukup dengan itu, Marcos Guilherme terus menambah derita pelawat menerusi gol ketiga pada minit ke-85 yang hampir pasti menutup ruang kebangkitan wakil Jepun berkenaan.

Sanfrecce Hiroshima sekadar memperoleh gol saguhati menerusi Nené seminit kemudian, namun jaringan tersebut tidak mampu menggugat momentum kemenangan skuad Harimau Selatan.

Keputusan malam ini menyaksikan JDT sebelah kaki untuk melakar sejarah muncul dalam kelompok lapan kelab terbaik Asia, sekali gus mengukuhkan reputasi mereka sebagai kuasa baharu bola sepak rantau ini.

Aksi timbal balik di Hiroshima bakal menjadi penentu misi besar Harimau Selatan sama ada mampu mempertahankan kelebihan dua gol untuk mencipta sejarah di pentas Asia. – MYNEWSHUB

Tags: JDT
Share199Tweet124SendShare

Related Posts

JDT Cipta Rekod Baharu Liga Super, Ledak 103 Gol Dalam Semusim Selepas Tewaskan KL City FC 7-0

JDT Cipta Rekod Baharu Liga Super, Ledak 103 Gol Dalam Semusim Selepas Tewaskan KL City FC 7-0

03/05/2026
0

JOHOR BAHRU – Johor Darul Ta’zim (JDT) terus mengukuhkan dominasi mereka apabila mencipta rekod baharu Liga Super bagi jumlah jaringan...

Tunku Mahkota Ismail Minta Mesyuarat Ditangguhkan Hormati Azan

Tunku Mahkota Ismail Minta Mesyuarat Ditangguhkan Hormati Azan

29/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Mahkota Ismail mengambil peluang melontarkan pelbagai kritikan dan teguran berhubung keadaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd