• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Harga Minyak Naik Lagi

oleh AK-47
25/03/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Harga Minyak Naik Lagi
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Harga bahan api tanpa subsidi mengalami peningkatan sekali lagi apabila kerajaan mengumumkan pelarasan terbaharu harga runcit petroleum bagi tempoh 26 Mac hingga 1 April 2026.

Menurut kenyataan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF), kenaikan itu didorong oleh konflik berpanjangan di Asia Barat sejak penghujung Februari lalu yang menyebabkan lonjakan harga minyak mentah global.

Bagi tempoh tersebut, harga baharu yang ditetapkan adalah seperti berikut:

RON97 naik kepada RM5.15 seliter

RON95 tanpa subsidi meningkat kepada RM3.87 seliter

RON95 bersubsidi (BUDI95) kekal RM1.99 seliter

Diesel di Semenanjung Malaysia naik kepada RM5.52 seliter

Diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal RM2.15 seliter

Kenaikan ini menunjukkan lonjakan berbanding minggu sebelumnya (19 hingga 25 Mac 2026), di mana RON97 berada pada RM4.55 seliter dan diesel Semenanjung pada RM4.72 seliter.

Kerajaan memaklumkan bahawa pelarasan dibuat secara berperingkat bagi mengimbangi kesan kenaikan harga global, sambil mengekalkan subsidi bagi RON95 untuk melindungi majoriti rakyat.

Dalam masa sama, kerajaan memberi jaminan akan terus memantau perkembangan pasaran minyak dunia dan melakukan penyesuaian harga dari semasa ke semasa. – MYNEWSHUB

Sumber Info: Akaun Media Sosial Kementerian Kewangan

Tags: Dieselharga minyakkenaikanMOFPetrolTanpa Subsidi
Share227Tweet142SendShare

Related Posts

Dulu Pun Harga Minyak Mentah Brent USD82 Setong, Tapi Harga Diesel Tak Turun – Fadhli Shaari

Dulu Pun Harga Minyak Mentah Brent USD82 Setong, Tapi Harga Diesel Tak Turun – Fadhli Shaari

22/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Langkah kerajaan mengumumkan penurunan harga diesel bersubsidi membuktikan bahawa penetapan harga diesel pada kadar yang lebih rendah...

Kuota Subsidi Diesel Lori Didakwa Dipotong, Harga Barangan Dijangka Meningkat Lebih Tinggi Andai Benar

Kuota Subsidi Diesel Lori Didakwa Dipotong, Harga Barangan Dijangka Meningkat Lebih Tinggi Andai Benar

18/06/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Pempengaruh dan pemerhati ekonomi, Lim Sian See menerusi satu hantaran di media sosialnya mendakwa kuota...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd