• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, August 12, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

ETS JB Sentral ke Segamat Hanya Satu Jam 35 Minit – Onn Hafiz

oleh Mohd Arshad
17/03/2026
dalam Utama & Sensasi
0
ETS JB Sentral ke Segamat Hanya Satu Jam 35 Minit – Onn Hafiz
Share on FacebookShare on Twitter

Oleh Mynewshub

JOHOR BAHRU – Rakyat Johor menikmati satu lagi kemudahan pengangkutan awam yang lebih pantas dengan perkhidmatan ETS bagi laluan JB Sentral ke Segamat.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi melahirkan rasa syukur dengan perkembangan tersebut yang disifatkan mampu memendekkan masa perjalanan kepada kira-kira satu jam 35 minit.

Menurut beliau, perkhidmatan tren yang disediakan oleh Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) itu bukan sahaja pantas, malah menawarkan tahap keselesaan tinggi kepada penumpang.

“Sepanjang perjalanan, tren ini cukup selesa dengan pelbagai kemudahan termasuk mesra orang kurang upaya (OKU), tandas bersih, ruang solat serta kemudahan makanan dan minuman,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah beliau, setiap tren mampu membawa kira-kira 300 penumpang dalam satu masa dengan kelajuan operasi sehingga 140 kilometer sejam menjadikannya antara pengangkutan awam paling efisien di negeri ini.

Dalam pada itu, beliau turut merakamkan penghargaan kepada pihak KTMB atas usaha menyediakan perkhidmatan berkualiti, selain menyifatkan sambutan menggalakkan daripada orang ramai sebagai bukti keperluan terhadap sistem pengangkutan awam yang lebih cekap semakin meningkat.

Onn Hafiz berharap kemudahan tersebut akan terus diperkukuh dan dipertingkatkan agar lebih ramai rakyat Johor dapat menikmati perjalanan yang lebih mudah, selamat dan selesa pada masa hadapan. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Onn Hafiz Ghazi

Tags: Datuk Onn Hafiz GhaziETS
Share199Tweet124SendShare

Related Posts

Lebih 5,000 Jemaah Sertai Semarak Subuh Perdana Johor

Lebih 5,000 Jemaah Sertai Semarak Subuh Perdana Johor

10/08/2026
0

JOHOR BAHRU – Lebih 5,000 jemaah membanjiri Masjid Sultan Iskandar, Bandar Dato’ Onn bagi menyertai Program Semarak Subuh Perdana 2026,...

Public Health Malaysia Hargai Sumbangan Kerajaan Johor, Onn Hafiz

Public Health Malaysia Hargai Sumbangan Kerajaan Johor, Onn Hafiz

09/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Laman media sosial Public Health Malaysia (PHM) hari ini secara terbuka menyatakan penghargaan terhadap kerajaan Johor di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd