• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dulu Pun Harga Minyak Akibat Faktor Global, Tapi Pembangkang Tunggang – Akmal

oleh AK-47
26/03/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Dulu Pun Harga Minyak Akibat Faktor Global, Tapi Pembangkang Tunggang – Akmal
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Memang sejak dulu peningkatan harga minyak disebabkan oleh faktor global, bukan kerana kerajaan sesuka hati mahu menaikkan harga minyak.

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh berkata, bagaimanapun pembangkang ketika itu menunggang isu harga minyak untuk memperbodohkan pemikiran rakyat.

“Walaupun pembangkang ketika pemerintahan Barisan Nasional (BN) dahulu mengkritik dan menghina kerajaan akibat kenaikan harga minyak ketika itu, tetapi bagi kami isu kenaikan harga minyak ini adalah isu global.

“Perlu ditangani bersama baik dari kerajaan mahupun pembangkang untuk kebaikan rakyat, bukan menunggang isu ini untuk memperbodohkan pemikiran rakyat,” katanya dalam satu hantaran di media sosial hari ini.

Sehubungan itu, Akmal berkata, Pemuda UMNO akan menganjurkan sekali lagi Rundingan Meja Bulat Nasional 2.0 (Rimbun 2.0) dalam tempoh terdekat.

Menurut beliau, ia bagi menghimpunkan pakar-pakar ekonomi, profesional ‘oil and gas’ dan pemain-pemain industri yang terlibat dengan kenaikan harga minyak.

“Untuk kita duduk bersama dan kita bincangkan cadangan yang boleh diangkat kepada pihak kerajaan untuk kebaikan rakyat Malaysia,” katanya.

Akmal berkata, semua pihak termasuk dari parti kerajaan mahupun pembangkang juga dijemput untuk dengar dan betbincang bersama dengan hati dan pemikiran terbuka.

“Ini bukan masa untuk pemimpin bergaduh, ini masa untuk kita buat satu keputusan yang terbaik untuk rakyat Malaysia. Kami tidak janji kosong, tapi kami bawakan solusi yang terbaik untuk kita semua,” katanya. – MYNEWSHUB

Tags: Barisan NasionalBNDatuk Dr Muhamad Akmal SalehFaktor globalharga minyakKerajaanKetua Pemuda UMNOpembangkangTunggang
Share209Tweet131SendShare

Related Posts

Akmal Saleh Jawab Tohmahan Puad – “Ramai Calon BN Orang Muda”

Akmal Saleh Jawab Tohmahan Puad – “Ramai Calon BN Orang Muda”

25/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh membidas Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi kerana membuat kenyataan...

Pemuda UMNO Buat Laporan Polis Terhadap Puad Zarkashi

Pemuda UMNO Buat Laporan Polis Terhadap Puad Zarkashi

25/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemuda UMNO akan membuat laporan polis di seluruh negeri Johor terhadap Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi kerana...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd