• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, September 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiket JDT Vs Sanfrecce Hiroshima Mula Dijual – Juadah Berbuka Puasa Disediakan

oleh Mohd Arshad
dalam Utama & Sensasi
0
Tiket JDT Vs Sanfrecce Hiroshima Mula Dijual – Juadah Berbuka Puasa Disediakan
Share on FacebookShare on Twitter

Oleh MYNEWSHUB 

ISKANDAR PUTERI – Tiket bagi perlawanan Pusingan 16 (1) Zon Timur Liga Juara-Juara AFC Elite 2025-26 antara Sanfrecce Hiroshima dan Johor Darul Ta’zim JDT) yang akan berlangsung pada 4 Mac 2026 di Stadium Sultan Ibrahim kini mula dijual kepada orang ramai.

Laman Facebook rasmi JDT, Johor Southern Tigers dalam satu hantaran hari ini memaklumkan, tiket boleh didapati secara dalam talian menerusi laman sesawang rasmi penjualan tiket bermula hari ini.

Menurut hantaran itu, setiap penyokong dihadkan pembelian maksimum empat keping tiket bagi setiap transaksi, manakala pemegang pas bermusim hanya perlu menunjukkan pas masing-masing di pintu masuk stadium untuk akses ke perlawanan berkenaan.

“Tiket diperlukan bagi penyokong berusia tiga tahun ke atas. Para penyokong dinasihatkan mendapatkan tiket lebih awal bagi mengelakkan kekecewaan,” menurut hantaran tersebut.

Dalam masa sama, JDT turut mengambil inisiatif menyediakan juadah berbuka puasa kepada semua pemegang tiket sebagai memudahkan penyokong yang menunaikan ibadah puasa untuk hadir menyaksikan perlawanan yang dijadual bermula pukul 8.15 malam.

“Maklumat lanjut berhubung penyediaan juadah dan tatacara pengambilan akan diumumkan dalam beberapa hari akan datang. Luaskan Kuasamu Johor,” kata kelab itu lagi.

Aksi timbal balik ini dijangka menjadi tumpuan peminat bola sepak tanah air dengan kehadiran ribuan penyokong Harimau Selatan yang bakal membanjiri stadium bagi memberikan sokongan padu. – MYNEWSHUB

Tags: JDT
Share201Tweet126SendShare

Related Posts

JDT Lancar JDT+, Dokumentari ‘Untamed’ Bakal Bersiaran 22 Oktober

JDT Lancar JDT+, Dokumentari ‘Untamed’ Bakal Bersiaran 22 Oktober

22/09/2026
0

JOHOR BAHRU - Kelab Bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) melancarkan JDT+, sebuah platform kandungan premium khusus untuk membawa penyokong...

JDT Terus Dominan, Kemenangan Besar Demi Kemenangan

JDT Terus Dominan, Kemenangan Besar Demi Kemenangan

21/09/2026
0

JOHOR Darul Ta’zim (JDT) bukan sekadar menang sejak sepak mula Liga Malaysia musim 2026/2027, malah sebahagian besar kemenangan dicatat dengan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd